Sejak Selasa lalu, perkongsian Muhammad Hanis di Facebook berkenaan adiknya yang orang kelainan upaya (OKU) dilayan dengan tidak mesra dan adil oleh pengurus cawangan McDonald’s Forest Height tular di media sosial.

Muhammad Hanis meluahkan rasa marah dan kecewanya terhadap pengurusan McDonald’s Forest Height yang ibarat ada double standard dalam melayan staf OKU. Lebih memilukan, adiknya itu cuma dirujuk dengan nombor sahaja dan bukannya nama penuh di dalam senarai nama pekerja yang dikongsikan oleh Hanis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian itu berpunca daripada satu jadual kerja baharu yang diberi lewat pagi dan secara last minute (di mana adik dan keluarganya tidak tahu menahu) telah menyebabkan adiknya tidak hadir kerja.

Hanis turut berkongsikan beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp antara dirinya dengan pengurus berkenaan di mana pengurus itu ibarat merendahkan keupayaan individu OKU.

Pihak McDonald’s Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi membabitkan insiden ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, McDonald’s Malaysia akan menjalankan satu siasatan dalaman terhadap insiden itu. Mereka juga berkata kelakuan pengurus cawangan berkenaan sangat tidak boleh diterima dan melanggar polisi syarikat yang mementingkan kepelbagaian kaum dan latar masyarakat. Tindakan yang sewajarnya akan dikenakan terhadap individu berkenaan.

Pihak McDonald’s Malaysia juga telah menghubungi pihak keluarga Muhammad Hanis yang terkesan dan meminta maaf kepada keluarga dan krew berkenaan. Difahamkan, krew yang terlibat dalam insiden tersebut telah berkerja dengan McDonald’s cawangan tersebut selama empat tahun.

Rata-rata netizen yang memberi respons di ruangan komen perkongsian McDonald’s Malaysia mahu pengurus berkenaan dikenakan tindakan tegas supaya insiden seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang.

McDonald’s Malaysia sedang menghadapi masalah bekalan kentang goreng di seluruh negara sehingga tiada set besar ditawarkan ketika ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Terputus Bekalan Kentang Goreng, McDonalds Tangguh Jualan Set Bersaiz Besar Mulai Hari Ini

Ini Sebab McDonald’s Bukit Bintang Bertukar Nama Kepada ‘Mekdi’

‘Lepas Cakap OKU Terus Senyap’- Diskriminasi Yang Diterima Lelaki Ini Buat Netizen Berang