Hujung minggu lalu McDonald’s Malaysia melalui satu post di laman Facebook rasminya telah mengumumkan penambahan variasi perisa untuk aiskrim McDip Cone bersempena dengan tema “Sweetest Season”. Sebelum ini hanya McDip Choco Dip sahaja diperkenalkan yang menjadi kegilaan ramai.

Kini pelanggan diberi 4 perisa baharu iaitu Matcha Dip, Caramel Dip atau Caramel, Taro Dip dan Mango Dip. Perisa baharu ini akan dijual dengan harga RM2.95 sahaja manakala Choco Dip dan Vanilla biasa yang hanya berharga RM2 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain daripada variasi perisa aiskrim baharu, McDonald’s Malaysia juga memperkenalkan set macaroon dari Perancis, boleh didapati dengan harga serendah RM3.95 sehingga RM19.50 untuk 6 biji macaroon.

Tunggu apa lagi, ajak rakan-rakan dan keluarga anda untuk mendapatkan menu terbaharu dari McDonald’s yang berhampiran dengan anda.