Satu ketika dahulu, minuman teh boba menjadi kegilaan ramai orang terutama sekali rakyat Malaysia dan banyak jenama yang ketengahkan minuman teh boba tumbuh bak cendawan.

McDonald’s Malaysia mengambil langkah berani dengan perkenalkan 3 siri minuman boba baharu iaitu Brown Sugar Boba Latte, Brown Sugar Boba Milk dan Brown Sugar Boba Americano.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pastinya peminat minuman boba akan teruja untuk mencuba minuman yang diperkenalkan oleh McDonald’s Malaysia. Oleh itu, kami telah mencuba ketiga-tiga siri boba yang baru dilancarkan pagi tadi.

Secara jujur, rasa bobanya cukup manis dan kekenyalan boba yang secukup rasa akan membangkitkan selera anda. Gabungan rasa antara latte, susu dan juga americano dengan boba brown sugar agak seimbang kerana boba sedikit manis dihidangkan bersama minuman yang kurang manis.

photo_2020-09-03 11.24.55

photo_2020-09-03 11.25.06

Bagi anda yang mahu mencuba siri minuman boba ini, harganya bermula dari RM8.48 sahaja untuk saiz medium. Anda boleh dapatkan minuman ini di cawangan McDonald’s terdekat atau beli secara dalam talian menggunakan aplikasi McDonald’s, foodpanda atau GrabFood. Tunggu apa lagi? Selamat mencuba.

Sebut tentang ‘bubble tea’, tahukah anda bahawa majoriti jenama bubble tea di Malaysia tidak halal?

Majoriti Jenama ‘Bubble Tea’ Di Malaysia Tidak Halal?

Bubble Tea Street Di SS15 Subang Jaya Kini ‘Mati’ Kerana Kurang Pelanggan

Rakyat Singapura Serbu Semua Kedai ‘Bubble Tea’ Sebelum Diarah Tutup Operasi Hari Ini