Adakah anda telah mencuba menu baharu KFC iaitu ‘Ghost Pepper Zinger Burger Dan Twister’ yang dikhabarkan memiliki rasa pedas luar biasa? Jika sudah, pasti anda bersetuju bahawa ianya langsung tidak pedas seperti yang diiklankan.

Berikutan itu, ada warganet berpendapat burger Spicy Chicken McDeluxe oleh McDonald’s jauh lebih pedas dan menyelerakan daripada Zinger Ghost Pepper KFC. Justeru itu, McDonald’s tampil dengan satu video di laman Facebooknya yang boleh dikatakan agak nakal dan memerli KFC.

Caption pada video ini tertulis, “Ghost Pepper? Pfft…nothing ghostly about this. Enjoy REAL SPICY today!” McDonald’s secara tidak langsung memberitahu burger Spicy Chicken McDeluxe mereka adalah jauh lebih pedas daripada Ghost Pepper Zinger Burger.

Mungkin tahap kepedasan KFC sesuai dimakan oleh semua peringkat umur menjadikan menu berkenaan tidak terlalu pedas. Tetapi ianya sangat over claim apabila menyamakan kepedasan burger berkenaan dengan antara cili terpedas di dunia, ghost pepper. Terpaksalah KFC tadah sahaja ‘sindiran’ daripada McDonald’s.

Baca lagi: KFC Perkenalkan Menu Baharu ‘Ghost Pepper Zinger Burger Dan Twister’