McDonald’s Malaysia bakal perkenalkan menu yang sedang hangat di beberapa negara iaitu pie berperisa coklat molten. Jika sebelum ini anda terliur melihat rakan-rakan media sosial anda memuat naik menikmati pie yang menyelerakan ini di laman sosial, kini anda bakal dapat menikmatinya sendiri.

Pie dengan perisa baru ini sebelum ini ditawarkan di beberapa buah negara seperti Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Jepun pada tahun lalu dan kini setelah setahun ia muncul kembali. Pastinya rasa coklat molten yang tidak terlalu manis tidak akan membuat anda muak untuk menghabiskannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, pie tersebut dijangka akan mula tersedia di Malaysia pada 6 Jun 2019 ini dan pastinya stok adalah terhad. Akan tetapi, harga untuk pie tersebut masih belum diketahui. Jadi, kita nantikan sahaja pengumuman lanjut daripada pihak McDonald’s Malaysia.

Sumber