Umum tahu, McDonald’s sememangnya merupakan sebuah antara restoran makanan segara popular dunia. Memiliki 320 cawangan restoran dalam negara sekaligus membuktikan rakyat Malaysia sangat gemar dengan perkhidmatan serta seleksi makanan dan minuman yang ditawarkan restoran ini.

Dalam pada itu, kecoh baru-baru ini apabila rangkaian restoran McDonald’s menjadi sebutan di kalangan netizen apabila sebuah cawangan mereka yang terletak di Presint 2, Putrajaya menjadi lokasi buat para pelajar menyiapkan kerja sekolah atau assignment.

Baca Juga:

Menurut individu yang berkongsi menerusi Facebook Group Komuniti Putrajaya – Official, beliau meluahkan rasa tidak senang hati dengan lambakan pelajar yang hadir bukan untuk makan sebaliknya menjadikan restoran tersebut untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah.

Malah, beliau turut memaklumkan terdapat pelajar yang sedar memesan secawan air bagi membolehkan mereka duduk di restoran tersebut sehingga 5 jam.

Meskipun pihak McDonald’s sendiri tidak melarang tindakan yang dilakukan pelanggan meskipun duduk dalam tempoh yang panjang, terdapat pihak yang merasakan apa yang dilakukan pelajar ini sebagai kurang sesuai serta tiada etika.

Bukan itu sahaja, terdapat pelanggan yang terpaksa membungkus makanan untuk menjamah di lokasi lain berikutan ketiadaan meja.

Perkongsian yang dibuat individu ini telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen yang memaklumkan situasi tersebut turut berlaku di beberapa cawangan McDonald’s yang lain termasuk di Shah Alam.

Terdapat juga netizen yang berpendapat para pelajar ini juga mempunyai hak kerana turut menjadi pelanggan pihak McDonald’s. Penyediaan fasiliti yang lengkap dengan pencahayaan yang cukup serta dilengkapi Wi-Fi antara yang membuatkan McDonald’s menjadi pilihan.

Sumber: facebook komuniti putrajaya – official
Sumber: facebook komuniti putrajaya – official
Sumber: facebook komuniti putrajaya – official
Sumber: facebook komuniti putrajaya – official

Difahamkan trend belajar di McDonald’s bukanlah perkara yang baru. Malah, situasi ini dapat dilihat sejak sedekad yang lalu bermula dengan pelajar universiti membawa komputer riba mereka bagi menyiapkan tugasan di restoran popular ini.