Mungkin ramai yang tidak pernah dengar tentang siri Kartun Rick and Morty tetapi ianya sangat popular di luar negara dan mempunyai peminat setianya yang tersendiri. Peminat kartun siri ini pula kebanyakkannya bukan kanak-kanak tetapi remaja dan golongan dewasa. Mungkin kerana konten kartun ini yang tidak sesuai dengan kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Awal tahun ini, bermulanya Season 3 kartun Rick and Morty ini dan dalam salah satu episodnya, Rick Sanchez memesan sos Szechuan untuk dimakan bersama naget ayam McDonald’s dan menurut Rick, sos tersebut adalah edisi khas suatu masa dahulu yang dikeluarkan McDonalds sempena kartun Disney, Mulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masalahnya, sos Szechuan ini tidak lagi dikeluarkan oleh pihak McDonald’s USA dan peminat mahu McDonald’s mengembalikan pilihan sos Szechuan ini ke dalam menu Chicken McNuggets mereka. Pihak McDonald’s USA mendengar permintaan peminat Rick and Morty ini dan pada hujung minggu lalu, mereka menjual kembali sos Szechuan ini di restoran McDonald’s yang terpilih secara terhad dan one day only.

Namun promosi yang sepatutnya meraikan siri kartun ini menjadi huru hara apabila ramai peminat siri Rick and Morty tidak berpuas hati kerana tidak dapat merasa sos Szechuan ini. Setiap restoran cuma mendapat lebih kurang 100 paket sos sahaja tetapi peminat yang inginkan sos ini adalah lebih daripada jumlah itu. Pekerja di restoran McDonald’s terpilih juga tidak bersedia untuk melayan ratusan peminat siri ini yang hadir semata-mata kerana sos Szechuan ini.

https://twitter.com/McDonalds/status/917169818725384192

Selepas kekecohan yang timbul, McDonald’s memberi sinar harapan kepada peminat setia Rick and Morty yang sos Szechuan ini akan membuat kemunculan semula dalam masa terdekat. Pihak McDonalds juga tidak menyangka sambutan peminat siri kartun ini sampai sebegitu rupa.

Walaupun ianya free marketing buat McDonald’s, ternyata promosi ini buat pihak McDonalds pening kepala melayan karenah peminat Rick and Morty yang taksub dengan siri kartun ini. Ada peminat Rick and Morty di sini? Bagaimana jika McDonald’s Malaysia mengeluarkan pilihan sos ini di Malaysia?

Sumber