Berita baik buat peminat setia McDonald’s. McDonald’s akan mula menjual sos rahsia mereka kepada orang ramai. Yeah! Antara sos yang bakal dibotolkan untuk pasaran adalah sos Big Mac, McChicken dan Filet-O-Fish. Kalau sebelum ini anda kata McDonald’s kedekut letak sos pada burger anda, ini penyelesaiannya.

Cuma masalahnya, ianya tidak akan hadir ke Malaysia dalam masa terdekat. McDonald’s hanya akan mula menjual sos-sos ini kemungkinan besar pertengahan tahun ini dan dijual di Canada terlebih dahulu.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Sos Big Mac dan Filet-O-Fish ini kalau cicah dengan kentang goreng memang sedap. Andai sos-sos ini sudah tiba di Malaysia, bolehlah beli dan makan dengan burger Ramly. Fuh, mesti mengancam habis burger buatan di rumah anda nanti!

Anda Mungkin Suka