McDonald’s sentiasa menjadi pilihan restoran makanan segera buat orang ramai yang sibuk dengan kehidupan seharian. Bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan ingin menikmati sarapan yang sedap, cepat dan murah, pastinya McDonald’s antara yang menjadi pilihan.

Kini, McDonald’s akan memperkenalkan menu sarapan yang baharu iaitu Triple Breakfast Stacks bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang inginkan menu baharu. Bagi menu baharu ini, ianya didatangkan dengan 3 versi pilihan roti iaitu Biscuit, McGriddles dan McMuffin Triple Breakfast Stacks.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya Triple Breakfast Stacks ini, ianya hadir dengan dua sosej, dua keping keju, bacon, dan telur. Menu Triple Breakfast Stacks dijangka akan menjadi ‘hit’ dan boleh didapati pada 1 November sehingga akhir bulan December di restoran McDonald’s US.