Sebut mengenai McLaren pasti ramai yang cukup tahu dengan jenama supercar buatan UK ini. Terbaru, McLaren Kuala Lumpur telah melancarkan model terbaru serta terhebat mereka iaitu McLaren 720S Spider.

Penawaran model terbar ini sekaligus memberi pengguna lebih banyak model pilihan McLaren untuk dipilih merangkumi 570S Coupe, 570S Spider, 600LT Coupe, 600LT Spider and 720S Coupe.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas dari segi enjin, McLaren 720S Spider dilengkapi dengan enjin 4.0 liter dwi-turbo V8 menawarkan 710 kuasa kuda serta 770Nm tork. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang memecut model daripada 0-100km/h dalam tempoh 2.9 saat sahaja manakala kelajuan maksimum yang boleh dicapai model ini adalah sekitar 325-341km/h.

Menarik mengenai rekabentuknya, rekaan atasnya adalah hard top dimana bumbung kereta ini menggunakan material carbon fibre. Para pengguna turut berpeluang membuka bahagian atas kereta ini dengan mudah dan senyap menerusi model terbaru ini.

Terdapat tiga varian model terdiri daripada Standard, Performance dan Luxury serta 23 pilihan warna untuk dipilih. McLaren 720S Spider sedia dijual dengan harga permulaan RM1.22 juta bagi model standard. Sebuah harga yang premium untuk model ‘kuda’ pantas daripada UK.

McLaren-720S-Spider_Dec-2018_studio-image-01-1-1280×720
Sumber: Slash Gear
McLaren-720S-Spider_Dec-2018_studio-image-04-1-1280×720
Sumber: Slash Gear
_P14S Low Rear v1
Sumber: McLaren Gear Automotive