McLaren Automotive baru sahaja memperkenalkan model McLaren GT yang baru dengan rekaan badan kereta yang elegan, dan ramping. Ianya juga mempunyai campuran reka bentuk yang menarik dengan bahan inovatif berkualiti tinggi, prestasi supercar sebenar dan dinamik dengan penglibatan McLaren.

McLaren GT vckt

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

McLaren GT vckt

Model terbaru ini akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk keselesaan penumpang dan pemandu untuk pemanduan lebih jauh.

Model GT baru ini juga mempunyai struktur carbon fiber dengan kekuatan luar biasa yang menghasilkan kelajuan pemanduan yang sukar ditandingi. Keistimewaan model ini adalah ianya boleh menjana kuasa sehingga 620hp dengan enjin V8 berkembar berkuasa turbo yang dimilikinya.

Model ini dapat memecut 0-100km/h dalam masa 3.2 saat dan kelajuan maksima McLaren GT ini adalah 326km/h.

McLaren GT vckt

McLaren GT vckt