Ianya berita terkini dan sangat mengejutkan dunia Marvel Cinematic Universe. Dilaporkan oleh Variety, Sony Pictures bakal menamatkan perjanjian kerjasama mereka dengan Disney/Marvel Studios.

Semuanya terjadi disebabkan Disney yang dilihat ‘tamak’ untuk cuba mendapat keuntungan lebih daripada watak yang hak ciptanya dipegang oleh Sony Pictures. Berlaku rundingan apabila Disney meminta untuk menaikkan perkongsian keuntungan sama rata, 50:50 untuk filem Spider-Man akan datang.

Pihak Sony Pictures nyata tidak setuju dengan perkara itu. Sony Pictures tidak sekali-kali akan menjual hak cipta Spider-Man kembali kepada Marvel Studios kerana watak berkenaan adalah lubuk wang buat Sony Pictures sejak zaman Tobey Maguire sebagai Spider-Man lagi.

Pihak Sony meminta Disney untuk akur dengan terma lama yang masih lagi menguntungkan; Disney mengambil pulangan 5% bagi setiap 1 dollar pertama untung kasar filem Spider-Man dan Disney memegang 100% hak merchandising produk Spider-Man. Jika diikutkan, itu sudah cukup besar kerana merchandise Spider-Man adalah antara yang paling laris di pasaran berbanding watak MCU yang lain.

Kutipan Spider-Man: Far From Home kini sudah melepasi filem dengan kutipan tertinggi Sony Pictures sebelum ini, Skyfall. Ramai berpendapat sekiranya benar Spider-Man tidak lagi muncul di MCU dan Sony Pictures membuat keputusan untuk menerbitkan Spider-Man dengan cara mereka sendiri, Spider-Man pasti tidak akan mengecap kejayaan seperti mana Spider-Man berada di bawah kendalian Disney.

Disney ketika ini masih meneruskan rundingan untuk memujuk kembali Sony Pictures. Berita ini sedang trending di Twitter dan ramai yang mahu Spider-Man diselamatkan dengan hashtag #SaveSpiderman.

Dalam Spider-Man: Far From Home, Peter Parker merupakan watak yang dilihat bakal menggantikan Tony Stark untuk MCU akan datang. Jika benar Spider-Man akan meninggalkan MCU, ianya pasti akan kacau rancangan awal Disney untuk MCU Phase 4. Semoga Disney dapat kembali pujuk Sony Pictures untuk kita semua dapat terus melihat Spider-Man di dalam MCU.

Sumber