Sementara menantikan filem terbaru MCU berada di pawagam, anda boleh beli dahulu MCU Infinity Saga 4K Blu-Ray Box untuk tontonan anda. Box Set ini akan mengandungi semua 23 filem MCU; bermula daripada filem Iron Man sehinggalah Spider-Man: Far From Home.

Bukan sahaja filem, tetapi set ini turut memuatkan footage khas yang tidak diperlihatkan sebelum ini, karya lithograph khas oleh artis Matt Ferguson dan surat khas yang ditandatangani oleh presiden Marvel, Kevin Feige. Dikhabarkan tandatangan pelakon utama seperti Robert Downey Jr, Scarlett Johansson dan Chris Evans turut akan menghiasi set khas ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Set ini semestinya perlu dimiliki oleh peminat setia marvel dan akan dijual pada harga USD549.99 (~RM2,300). Tidak diumumkan berapa unit set ini akan dihasilkan oleh Marvel Studios. Buat masa ini, tempahan boleh dibuat di laman Best Buy. Nantikan pengumuman lanjut sama ada Box Set ini akan dibawa masuk ke Malaysia atau pun tidak.

Marvel Studios dan Sony Pictures sudah kembali ‘berbaik’ untuk menghasilkan sebuah lagi karya buat Spider-Man. Anda boleh baca kisah ini pada artikel di bawah.

Rundingan Berjaya, Filem Ketiga Spider-Man Akan Ditayangkan Pada 2021

Marvel Studios Dilaporkan Mahu Hugh Jackman Kembali Sebagai Wolverine