13 Julai 2015 adalah satu tarikh yang dipilih oleh aplikasi Snapchat untuk featured secara live keadaan di Mekah dengan menamakan event tersebut sebagai ‘Laylat Al Qadr’ atau ‘Night of Power’. Ia juga menandakan malam ke-27 Ramadhan.

Snapchat adalah satu platform media sosial yang membenarkan pengguna berkongsi gambar dan video untuk 10 saat. ‘Snapchat Stories’ mempersembahkan bandar-bandar dari seluruh dunia yang dimuatnaik oleh pengguna mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini petikan gambar dari video-video terawal di Snapchat untuk #mecca_live

Snapchat
Snapchat
Snapchat
Snapchat

Mekah dipilih untuk ‘Snapchat Stories’ pada bulan Julai ini selepas menerima banyak permintaan.

Bagi umat Islam, 10 hari terakhir bulan Ramadhan mempunyai makna signifikan istimewa sebelum tiba Hari Raya Aidil Fitri. Dan kini, orang bukan Islam yang tidak berpeluang ke tanah suci Mekah dapat melihat keindahan di malam hari di mana umat Islam seramai lebih 2 juta orang mengerjakan ibadah di Mekah melalui pendedahan di #mecca_live yang boleh dilihat di Twitter.

Respon-respon orang bukan Islam selepas melihat Kaabah dan Mekah begitu menyentuh hati umat Islam dan global secara amnya. Islam itu kelihatan begitu indah dan ada di antara mereka wondering bagaimana 2 juta orang dapat melakukan gerakan yang sama serentak tanpa perlu ada orang conduct mereka semua.

Sumber: International Business Times (India), Huffington Post, Twitter #mecca_live, The Muslim Vibe, Adweek, BBC

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram