Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Filem Mechamato terbitan syarikat tempatan Animonsta Studios (Monsta) kini melakar sejarah tersendiri selepas muncul sebagai animasi pertama dari luar Jepun memenangi Anugerah Peminat Anime.

Artikel Berkaitan:

Selaras dengan itu, pihak Monsta telah menerima anugerah itu di Festival Anugerah Anime Tokyo (TAAF) 2003. Monsta dalam satu kenyataan memaklumkan Mechamato layak menerima anugerah itu selepas mendapat sambutan menggalakkan apabila ditayangkan di Cartoon Network dan Netflix Jepun tahun lepas.

HYPE
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Pemain Bola Miliki Keyakinan Senyum Lebar Di Khalayak Ramai
Baca lagi →

Ketua Pegawai Kreatif Monsta Anas Abdul Aziz menerima anugerah itu dengan memakai baju Melayu biru muda mewakili syarikat berkenaan pada majlis yang berlangsung di Tokyo selama empat hari dari 10 hingga 13 Mac.

Menerusi ciapan di akaun Twitter, Anas menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan beliau kepada mereka yang sudi mengundi Mechamato.

Kenyataan itu menyebut Monsta berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Jepun yang sememangnya terkenal dengan industri animasi hebat di mana Mechamato mampu menawan hati penonton negara itu terutama dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.

Dalam pada itu, beliau juga mengulas rancangan masa depan Monsta untuk mengembangkan siri animasi itu di Jepun di mana Mechamato Musim Kedua sudah selesai proses alih suara untuk jadual siaran di negara berkenaan di samping Musim Ketiga sudah dalam pembikinan.

Mechamato kini berada di tangga teratas dalam kategori filem animasi tempatan serta ditayang di rangkaian pawagam Indonesia dan Singapura kerana ia telah dialih suara sepenuhnya ke dalam Bahasa Inggeris.

Tahniah diucapkan kepada pihak Monsta kerana mengharumkan nama negara di persada antarabangsa serta berjaya membuktikan kehebatan animasi negara sudah bertaraf global.