Animasi Mechamato telah menempa nama Malaysia di serata dunia dan berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij menerusinya. Salah satu negara yang sangat meminati animasi Mechamato ini adalah Jepun.

Mechamato kini bakal berpeluang memenangi anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival 2023 kerana tercalon dalam senarai 50 anime pilihan peminat itu. Penganjur program sedang mengadakan sesi undian bagi membolehkan para peminat mengundi anime kegemaran mereka melalui senarai yang disediakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Tokyo Anime Award Festival

Setakat artikel ini ditulis, Mechamato telah mendahului dengan jayanya lantas meninggalkan pesaing kedua tertinggi dengan undian sekurang-kurangnya 50% lebih banyak. Angka sebenar masih belum dimuktamadkan kerana proses pengundian masih berlangsung.

Untuk makluman, proses pengundian sedang berjalan sehingga 3 Februari 2023 dan anda boleh mengundi menerusi pautan Twitter yang disediakan. Sekiranya berjaya, Mechamato berkemungkinan menjadi anime hasilan luar Jepun pertama yang memenangi Anime Fan Award sekurang-kurangnya untuk 8 tahun terdahulu.

Di Malaysia, Mechamato memang sudah mendominasi segmen animasi negara dan menjadi bualan di kalangan masyarakat. Sementara di Jepun, Mechamato menjadi sensasi mungkin kerana disumbang oleh pengalih suara yang terdiri daripada nama-nama terkemuka di  sana sekaligus menarik minat orang ramai untuk menontonnya. Anda masih mempunyai masa untuk memastikan Mechamato memenanginya dengan klik di sini.