Siri animasi Mechamato yang diterbitkan oleh studio animasi tempatan Monsta kini bukan sahaja berjaya menembusi pasaran global di samping turut tersenarai di dalam kalangan 100 Karya Anime Terbaik menerusi Festival Anugerah Anime Tokyo 2023.

Paling menarik sekali, siri animasi Mechamato kini menduduki tangga ke-4 di dalam carta sekaligus berjaya berdiri sebaris dengan siri animasi Jepun terkemuka yang lain seperti SPYxFamily dan Demon Slayer.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Best100

Mechamato merupakan sebuah siri animasi 3D yang dihasilkan oleh Animonsta telah berjaya mendapat tempat ke-4 daripada 100 karya anime yang lain. Nizam Razak, CEO kepada Monsta telah mengatakan bahawa dia terkejut melihat berita tersebut.

Dalam masa yang sama, staf-staf yang terlibat dalam penghasilan Mechamato turut berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada siri tersebut. Ini merupakan pencapaian besar buat negara Malaysia kerana tercalon 10 teratas di dalam karya anime terbaik di Jepun.

Kepada anda yang mungkin belum menonton siri Mechamato, ia berkisarkan tentang Amato dan robotnya, Mechabot yang kini bergabung dalam menentang robot-robot jahat yang membuat huru-hara di Bandar Hilir. Anda boleh menonton siri animasi terbaik ini menerusi Netflix, HBO GO, Astro Prima, TV9 dan sebagainya.

Undian untuk Tokyo Anime Awards Festival 2023 masih lagi berlangsung dan anda juga boleh memberikan sokongan kepada siri animasi tempatan kita dengan klik di sini.