Indonesia mempunyai hasil laut yang luar biasa sebagai sebuah negara maritim dan kepulauan terbesar di dunia. Sebanyak 75 peratus daripada jumlah kawasan di Indonesia dipenuhi perairan dengan kira-kira 5.8 juta km persegi. Disebabkan itu, kata Sindo News, Ramai nelayan asing yang datang ke Indonesia untuk mencuri ikan di negara ini.

Tambah laporan itu lagi, dikatakan bahawa Indonesia menjadi sasaran mudah penangkapan ikan secara haram oleh negara lain. Perairan Natuna, perairan Sulawesi Utara dan perairan sekitar Maluku dan Laut Arafura merupakan kawasan yang paling terdedah kepada kegiatan penangkapan ikan secara haram

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara negara yang didakwa melalukan penangkapan ikan secara haram di Indonesia adalah Vietnam, Filipina dan Malaysia.

Sepanjang 2014-2019, sebanyak 321 kapal dari Vietnam dilaporkan melanggar sempadan zon laut dan mencuri ikan dari perairan Indonesia. Pada 2021, Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan (KKP) menyatakan bahawa 23 kapal dengan bendera Vietnam telah ditangkap. Jumlah bot nelayan Vietnam yang ditangkap di Indonesia menunjukkan negara itu paling agresif mencuri ikan di Nusantara.

Bagi Filipina pula, kebanyakan nelayan mereka memasuki Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Indonesia di Laut Sulawesi. Pada tahun ini sahaja, sebanyak 6 kapal berbendera Filipina telah ditangkap oleh KKP kerana melanggar sempadan wilayah perairan Indonesia. Sementara itu, dalam tempoh 2014-2019, 91 kapal telah ditahan.

Terakhir sekali adalah Malaysia. Menurut laporan Sindo News, Kapal Pengawas Perikanan (KP) Shark 03 pernah menahan nelayan dari Malaysia pada 22.06.2021. Ketika ditahan, nelayan terbabit dikatakan sedang sibuk menangkap ikan di kawasan pelantar benua perairan Indonesia. Semasa mahu ditahan, nelayan itu cuba melarikan diri selama hampir 1 jam. Pelaku juga cuba menghapuskan bukti dengan membuang ikan ke dalam laut.

Sepanjang 2021, sebanyak 12 kapal dengan bendera Malaysia telah ditahan kerana menangkap ikan secara haram. Sementara itu, dari 2014 hingga 2019, terdapat 87 kapal yang melanggar batas wilayah perairan Indonesia.

Batik ada di negara lain juga, kata Miss World Malaysia pada khaters’ dari Indonesia. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Batik Ada Di Negara Lain Juga, Kata Miss World Malaysia Pada ‘Haters’ Dari Indonesia

Anak Perempuan Bekas Presiden Indonesia Tukar Agama Dari Islam Ke Hindu

TIMOR, Jenama Kereta Nasional Pertama Indonesia Yang Dilupakan Dunia

Sumber