Lebih 100,000 orang pesakit telah dicatatkan di 146 negara. Manakala lebih 156,000 orang telah dijangkiti wabak ini. Dengan Malaysia mencatatkan penambahan pesakit kepada 428 orang hari ini.

Namun apa yang menarik, di tengah-tengah kesibukan dunia melayan kekecohan yang bermula di Wuhan, China ini. Para pengamal media di Perancis telah mengambil langkah positif dengan memuji cara hidup orang Islam yang dilihat mampu untuk menghindari dari tularnya wabak COVID-19.

Perkara ini dikongsi oleh tokoh agama Indonesia, iaitu Presiden Nusantara Foundation, Ustaz Shamsi Ali di laman rasmi Instagram miliknya dengan menyatakan bahawa media perancis memuji cara hidup orang Islam dengan tengah-tengah penyebaran wabak ini.

“Media-media di Perancis menyatakan bahawa yang paling selamat dari Corona adalah wanita-wanita muslim yang berhijab karena mereka tertutup wajah, badan. Tidak bersalaman dengan orang asing, tidak berciuman, dan tidak saling berpelukan,” kata Ustaz Shamsi Ali.

Perkara ini disokong oleh beberapa pegikutnya di laman Instagram dengan ada yang menambah bahawa manfaat berwudhu juga mampu mencegah seseorang itu daripada dijangkiti COVID-19.

Selain itu ada juga beberapa netizen yang menyatakan larangan memakan haiwan-haiwan pelik seperti babi, kucing, anjing, ular, tikus atau kelawar adalah larangan bagi tujuan kebaikan hidup seseorang manusia

Setakat hari ini, Indonesia telah mencatatkan angka 96 pesakit di seluruh negara dengan kematian pertama dicatatkan minggu lalu. Kes pertama yang dicatatkan oleh Indonesia adalah wanita muda dan ibunya yang dijangkiti setelah menerima kunjungan pelancong dari Jepun di Batam.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Penganut Hindu Di India Minum Air Kencing Lembu, Percaya Mampu Sembuhkan COVID-19

Tom Hanks Dan Rita Wilson Disahkan Positif Wabak Coronavirus

Kes Coronavirus Terlalu Tinggi, Doktor Di Itali Terpaksa Pilih Pesakit Untuk Dirawat

Anda Mungkin Suka