Separuh tahun pertama yang penuh gemilang buat Media Prima Berhad (Media Prima) apabila berjaya konsisten mencatat keuntungan bersih sebanyak RM20.8 juta.

Rekod ini berjaya diraih selepas Media Prima berjaya merekodkan keuntungan bersih sempena suku tahun kedua 2022 sebanyak RM15.82 juta di mana syarikat ini berjaya meraih peningkatan keuntungan sebanyak 17.9 peratus berbanding keuntungan bersih suku pertama 2022 sebanyak RM13.81 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan, hasil pengiklanan dan jualan kandungan Media Prima terus menjadi penyumbang utama kepada prestasi kewangan keseluruhan, dengan peningkatan bagi semua perniagaan kumpulan.

Pengiklanan Kumpulan diterajui oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen penyiaran yang diwakili oleh Rangkaian Televisyen Media Prima dan Media Prima Audio telah mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 15 peratus kepada RM243.8 juta pada separuh tahun 2022 berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Hasil daripada perniagaan digital Media Prima, REV Media Group turut berjaya meningkat 15 peratus kepada RM47.9 juta.

Perniagaan pengiklanan luar rumah Media Prima, Big Tree, mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 13 peratus kepada RM56 juta, mencerminkan pulangan secara beransur dalam permintaan untuk pengiklanan luar rumah.

Hasil jualan kandungan meningkat 39 peratus dalam tempoh semasa berikutan peningkatan permintaan bagi kandungan tempatan daripada penyedia perkhidmatan penstriman sedia ada dan baharu.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid. Sumber: Ez Malaysia News

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid berkata, pihaknya berbesar hati untuk mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan dalam pengiklanan merentasi perniagaan Kumpulan walaupun menghadapi cabaran ekonomi.

“Ini bukan sahaja menunjukkan pemulihan dalam perbelanjaan pengiklanan. Ia juga mengesahkan bahawa Media Prima telah menjadi peneraju dalam industri media dan hiburan.

“Saluran televisyen kami kekal paling banyak ditonton di negara ini manakala jenama kami adalah sumber utama untuk kandungan berita dan hiburan di kalangan rakyat Malaysia.

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperkukuh kelebihan daya saing ini,” katanya dalam kenyataan.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali. Sumber: Berita Harian

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali berkata, prestasi sepanjang enam bulan menunjukkan keupayaan untuk memanfaatkan kekuatan Kumpulan.

“Kami berbesar hati dengan sokongan yang berterusan dari pelanggan kami dan Kumpulan akan terus memperkukuh aliran pendapatan pengiklanan dan penciptaan kandungan kerana ini adalah pemacu strategik utama kami.

“Kami berharap dapat memberi lebih nilai kepada pelanggan kami serta menyampaikan kandungan berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia.

“Dengan ini, ditambah dengan pembaikan proses berterusan dan peningkatan kecekapan operasi akan menguatkan lagi kedudukan Kumpulan daripada sebarang halangan pasaran bagi memasuki separuh kedua tahun kewangan,” katanya.

Sebelum ini, pihak REV Media Group turut dilantik sebagai rakan strategik platform digital MyMall sebagai inisiatif untuk membantu usahawan tempatan.

Mahu Bantu Usahawan Tempatan, REV Media Group Dilantik Sebagai Rakan Strategik Platform Digital MyMall

Miniso Mohon Maaf ‘Berlakon’ Jadi Jenama Jepun Untuk Popular, Janji Akan Ubah Identiti

Sumber