Media Prima Berhad, kumpulan media terbesar Malaysia sekali lagi berjaya mengekalkan momentum keuntungan syarikat apabila berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM 27 juta sepanjang sembilan bulan terakhir sehingga 30 September 2022.

Sebagai rekod, Media Prima berjaya memperoleh peningkatan keuntungan sebanyak 15% dalam keuntungan selepas cukai berbanding rekod dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih membanggakan, hasil pengiklanan Media Prima dilaporkan kekal stabil selepas turut meraih peningkatan sebanyak 7% yang dibantu dari anak syarikat penyelesaian pemasaran iaitu Media Prima Omnia.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussain Aljunid. Sumber: berita harian

Untuk pengetahuan, Media Prima Omnia atau Omnia memainkan peranan penting dalam memberi hasil pertumbuhan pemasaran kerana berjaya mencatatkan kenaikan secara keseluruhan berbanding tempoh sebelumnya.

Selain itu, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Media Prima Audio yang mewakili penyiaran telah mencatat pertumbuhan hasil sebanyak 9% yang membawa kepada kutipan sebanyak RM355.1 juta berbanding RM326 juta sebelum ini.

Hasil jualan kandungan juga turut meningkat kepada RM45.8 juta berbanding RM29.1 juta sebelum ini sekali gus mencatat kenaikan kadar peratusan sebanyak 58%.

Pencapaian kewangan cerminan strategi Media Prima
Sumber: Ez malaysia

Datuk Seri (Dr) Syed Hussain Aljunid selaku Pengerusi Kumpulan Media Prima menjelaskan bahawa pencapaian kewangan mencerminkan strategi operasi yang dinamik yang dihadapi oleh Media Prima sendiri.

Menurut beliau, perancangan dan pemandangan yang optimistik akan dikekalkan sebagai usaha untuk meniti cabaran yang mendatang selain dari fokus untuk memberi penambah baikan secara dalaman Media Prima khususnya.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali berpendapat mereka berpuas hati dengan sumbangan pengiklanan kerana berjaya menunjukkan peningkatan pada masa yang sama mempamerkan kualiti jenama dalam kalangan pengiklan.

Walau bagaimanapun, mereka turut akui bahawa peningkatan pesaing platform media dilihatkan semakin bertambah dan corak pengguna yang tidak menentu juga menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh Media Prima dalam masa akan datang.

Sumber