Media Prima Labs dan Streamline Games baru-baru ini telah melancarkan aplikasi permainan mudah alih baru yang memaparkan beberapa karakter pemain dengan personaliti, motivasi dam tema muzikal iaitu Nightstream. Di sini pemain boleh memilih watak dan papan luncur mereka sendiri mengikut citarasa masing-masing.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Nightstream adalah satu tarikan baru dalam genre permainan larian. Permainan ini juga tidak jauh berbeza dengan permainan yang telah berada di apikasi seperti Temple Run dan Subway Surfers. Nightstream terdiri sekumplan pelari dan para pelari perlu melindungi kawalan Nightstream dari diambil alih kuasa jahat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali ‘Kami cukup teruja dengan perkongisan bersama Streamline Games kerana mereka merupakan pembangun AAA dan mempunyai rekod yang bagus dalam membangunkan permainan video. Dengan kerjasama Streamline Games, kami boleh mengguna kepakaran kami untuk mempromosi Nightstream ke pasaran tempatan.’

Sejak dilancarkan di Apple Apps Store dan Google Playstore pada 15 September lalu, permainan ini telah dimuat turun sebanyak 6000 pengguna. Pencapaiaan cukup menbanggakan bagi mereka. Kepada yang berminat untuk mencuba, anda boleh muat turun permainan ini di telefon pintar anda sekarang.

Nightstream_mainposter

Nightstream_screenshot01

Nightstream_screenshot03

Nightstream_screenshot04

Nightstream_screenshot05

Nightstream_screenshot06

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group