Pernah rugi sehingga 9 angka sehingga pada tahun 2019, Media Prima nampaknya berjaya kembali mecatat keuntungan menerusi dua suku tahun terakhir tahun 2020. Menerusi laporan kewangan yang dikeluarkan, Media Prima berjaya mencatat keuntungan bersih sebanyak RM18.1 juta pada suku tahun keempat 2020 yang berakhir 31 Disember 2020.

Kejayaan ini turut dipengaruhi dengan keuntungan bersih yang diperoleh pada suku ketiga tahun 2020 dengan jumlah sebanyak RM11.8 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
SYED HUSSIAN TEA SESSION WITH MEDIA PRIMA GROUP CHAIRMAN
Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Syed Hussian Syed Junid

Menerusi perkongsian yang dibuat Media Prima, langkah transformasi bisnes yang dilakukan dilihat sebagai strategi utama dalam mengubah syarikat ini kembali mencatat untung yang besar.

Datuk Syed Hussian Aljunid selaku pengerusi kumpulan Media Prima Berhad memaklumkan 2020 sememangnya tahun yang sangat mencabar buat syarikat mereka. Walau bagaimanapun, pihak mereka masih lagi mampu menghasilkan untung yang memberangsangkan.

jobs-malaysia-media-prima-berhad-1516690234_cp_banner

Sebagai rekod, Media Prima digital kendalian REV Media Group berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM10.8 juta pada tahun 2020 berbanding RM1.7 juta pada tahun 2019. Selain itu, WOWSHOP juga turut kembali mencatat keuntungan pertama selepas pada tahun 2016.

Diharap Media Prima terus komited dalam menawarkan pelbagai lagi informasi, hebahan dan juga hiburan buat orang ramai yang sudah menjadikan produk Media Prima sebagai wadah utama dalam mendapatkan informasi baharu setiap hari.

Tular pada minggu lalu apabila Janna Nick terpaksa menutup akaun Instagram dan Twitter beliau selepas didakwa mempersenda artis K-Pop.

Janna Nick Tutup Akaun Instagram Dan Twitter Selepas Didakwa Persenda Artis K-Pop

Raih 70K Ahli Dalam Masa Singkat, Grup Riak Apa Hari Ini Menjadi Serbuan Terbaru Netizen