Sekiranya anda kerap melayari media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini, pastinya anda cukup tahu di mana kini sedang kecoh dengan isu laksa.

Difahamakan semuanya bermula apabila terdapat seorang pengguna Facebook berkongsi cara-cara memasak laksa Johor menggunakan ikan sardin. Perkongsian beliau telah mendapat maklum balas positif sehinggalah terdapat sebuah komen yang menjadi perhatian netizen bukan sahaja dalam group berkenaan malah seluruh Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

186459763_3109798322679861_3638898236216450728_n

Komen wanita ini yang provokatif dengan mengatakan laksa Johor patut menggunakan ikan parang atau tenggiri dan bukannya ikan kembung atau selayang kerana setaraf dengan standard orang Utara dan Pantai Timur sekaligus membuatkan para netizen kurang senang.

Komen yang dilemparkan secara tidak langsung membuatkan para netizen di Malaysia triggered sekaligus menerima pelbagai jawapan balas dalam membandingkan laksa Johor dengan laksa negeri-negeri yang lain.

Berikut merupakan antara komen netizen yang kurang senang dengan komen yang dilemparkan. Tidak kurang juga terdapat warga Johor yang kurang senang dengan komen wanita berkenaan.

185101004_1515173925319874_3019650955675524979_n

186472375_1515173945319872_8615388255417430289_n

184329318_10222929409335880_4546631383552142413_n

Terbaharu, isu mengenai laksa ini turut mendapat perhatian Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak yang memaklumkan teringin untuk memakan laksa dan mahu orang ramai cadangkan lokasi terbaik untuk dapatkan laksa.

Siapa sangka isu mengenai pemilihan ikan dalam sesebuah laksa juga telah membuatkan para netizen kecoh selepas perbandingan antara negeri dibuat. Kongsikan bersama kami, laksa negeri manakah yang menjadi pilihan anda?

Tular pada minggu ini apabila seorang pengguna Facebook menjelaskan Starbucks dan McDonald’s di Malaysia tidak menyokong Zionis seperti yang didakwa.

Tular Isu Boikot, Lelaki Ini Jelaskan Dakwaan Starbucks Dan McDonald’s Di Malaysia Menyokong Zionis

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary