Akhbar United Kingdom (UK), The Sun, melaporkan bahawa seorang lelaki warga Malaysia berusia 48 tahun didakwa terlibat dalam aktiviti perdagangan organ manusia secara haram.

Dikenali sebagai Shaifullizan Bin Abdul Mutalib, dia sudah terlibat dalam aktiviti jual beli organ manusia sejak 2010 lagi dan bekerja sebagai broker atau orang tengah yang mengatur jual beli bahagian tubuh manusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sesi rakaman yang dilakukan secara rahsia telah membongkarkan aktiviti Shaifullizan yang dilakukan hanya menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mencari pelanggannya yang terdesak.

Menurut The Sun, modus operandi kepada aktiviti haram ini adalah dengan mencari beberapa orang yang terdesak untuk menjual buah pinggang mereka untuk ditukarkan dengan duit.

Dia juga bertanggungjawab menghubungkan penjual dengan pembeli dalam satu perjanjian yang melibatkan bayaran ribuan ringgit.

Dilaporkan, pembelian buah pinggang boleh menelan belanja sekitar RM460,000, manakala penjual organ tersebut akan dihantar ke China atau Filipina untuk menjalani operasi di sana.

Screenshot 2020-08-11 at 11.15.52 AM
The Sun

Lelaki tersebut turut mengakui bahawa dia terpaksa menghentikan operasi di China pada tahun 2016 setelah mendapat laporan bahawa kebanyakan buah pinggang yang diambil adalah dari masyarakat Uighur yang ditahan.

Dia yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan, menyatakan bahawa dia mempunyai lebih dari 100 pelanggan yang sedia untuk menjual buah pinggang dan kebanyakannya diperoleh melalui laman Facebook.

Pemindahan organ adalah salah satu rawatan penting yang bertanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa manusia, namun kini ia mengalami kekurangan di peringkat global.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 130,000 pemindahan organ dilakukan di seluruh dunia tetapi ia hanya mewakili 10% keperluan global untuk prosedur tersebut.

Kekurangan organ atau penderma telah menyebabkan aktiviti gelap perdagangan organ manusia secara haram berkembang.

Dilaporkan, setakat 2019, lebih 22,000 pesakit sedang menunggu pemindahan organ dilakukan. Barisan menunggu yang panjang ini telah memaksa mereka untuk mencari sumber lain yang terdapat di pasaran gelap.

Dalam laporan yang lalu, seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia telah bertindak menghina raja dan agama islam ketika berada di luar negara. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Dipercayai Rakyat Malaysia Hina Raja Dan Islam Dalam Video Dirakam Di Luar Negara

Sumber