Dengar nama menu ini pasti anda tertanya-tanya ada racun ke dalam masakan ini.

Jangan risau kerana tiada sedikit racun pun diletakkan di dalam makanan ini. Cuma, setelah anda merasanya, ia pasti meracuni jiwa anda untuk menikmatinya berulang kali.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Di mana nak rasa mee racun ini?

Review Vocket Makan kali ini kami bawakan anda ke Batu Pahat.

BACA: Burger Warna-Warni di Red Se7en Cafe Pura Kencana, Batu Pahat

Di Batu Pahat ini terdapat 3 lokasi yang menyediakan mee racun iaitu di Medan Selera Jalan Sultanah, Taman Seri Jaya dan di Jalan Timah Sari. Kali ini kami ingin review kedai di Jalan Timah Sari berdekatan dengan bangunan Tabung Haji.

20141225_133019

Nama kedai ini ialah Mee Racun 3G. Lokasi kedai ini strategik kerana berhadapan dengan jalan besar. Kedai ini hanya menggunakan pagar besi sebagai dinding kedai. Tak sukar mencari tempat letak kereta kerana kawasan depan kedai banyak lot tempat letak kereta.

12041858_10207529945944029_1949909460_n

Kawasan dalam kedai agak sempit. Hanya beberapa meja sahaja diletakkan di bahagian dalam. Meja banyak disediakan di bahagian luar kedai. Sejurus sahaja kedai ini dibuka, ia terus dipenuhi dengan pelanggan.

12033656_10207529946224036_287907753_n

12041669_10207529945504018_1459786110_n

BACA: 2 Lokasi Nasi Baryani Wajib Pergi Di Batu Pahat

Menu paling istimewa kedai ini adalah mee racun ‘gear box’. Kami pun cuba pesan satu menu mee racun istimewa dan satu menu mee racun biasa.

12064503_10207529944623996_1828362228_n

Sampai sahaja makanan yang dipesan, kami dapati ada straw pada mee racun ‘gear box’. Ini memang rare. Belum pernah lagi kami dihidangkan dengan menu begini. Straw disediakan bagi mereka yang ingin menghirup sumsum tulang kambing itu.

Sekali hirup kuah mee racun, kami sukar untuk tafsir rasanya. Ini bukan mee bandung, bukan mee hailam, mee kari jauh sekali. Tapi rasanya sangat istimewa. Kuahnya pekat dan isiya penuh dengan tauhu goreng.

12048482_10207529945104008_154232798_n

Selepas beberapa suapan, kami rasakan yang kuah mee racun ini ada rasa air rebusan daging. Terdapat 2 tulang kambing yang isinya sangat lembut kerana telah lama direbus. Kami hirup pula sumsum tulang. Memang penuh lemak. Sesuai bagi mereka yang nak hancurkan diet masing-masing. Haha.

Ini pula rupa mee racun biasa. Pinggannya kecil sedikit namun rasanya tetap sedap.

12048993_10207529944063982_864798630_n

12025463_10207529943543969_1363051109_n

Kepada yang teringin meracuni jiwa dengan menikmati mee racun yang enak ini, boleh dapatkan info di bawah untuk ke kedai ini.

Nama restoran : Kedai Mee Racun 3G
Lokasi : No 2, Jalan Timah Sari, Kg Kenangan Dato Onn 1, 83000 Batu Pahat (waze)
Waktu beroperasi : Isnin – Sabtu 4:00 pm – 2:00 am

BACA: Mi Kolok Restoran Dapur Sarawak, Jalan Sarikei Menu Yang Mengasyikkan!

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka