Anda teringin untuk makan mee yang sedap malahan mee itu sendiri dihasilkan di depan mata anda? Kami cadangkan anda ke restoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

IMG_1861

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, pengasas restoran ini, Encik Hassan berasal dari negara China dan telah memulakan perniagaan mee tarik di Malaysia ini sejak lebih dari 3 tahun yang lepas. Bermula dari cawangan HQ di Sungai Besi, kini mereka memiliki 7 cawangan di sekitar Lembah Klang dan akan ada beberapa cawangan yang bakal dibuka dalam masa terdekat.

20140916_123340

Suasana di dalam kedai agak selesa. Restoran ini mengambil ruang 2 buah kedai. Satu ruang mempunyai hawa dingin dan satu ruang lagi tidak. Kami galakkan anda ke ruang yang berhawa dingin kerana anda pasti berpeluh-peluh apabila menikmati satu menu yang bakal kami kongsi nanti. Anda juga dapat melihat tukang masak sedang menarik-narik mee di bahagian dapur secara Live.

6

BACA: Mari Lihat Apa Yang Ada Dalam Kilang Ramen Ini

Restoran ini juga turut menyediakan hidangan lain selain mee seperti nasi dan lauk-pauk yang lain. Tapi, alang-alang sudah sampai ke restoran yang mempunyai kepakaran dalam hidangan mee tarik sebagai menu utama, kami pun membuat pesanan mee tarik. Kami pesan Mee Soup with Braised Beef, Scallion Noodle, dan minuman China Ba Bao Tea.

9

10

Mee Soup with Braised Beef ini merupakan menu utama restoran ini. Mee berharga RM8.00 ini mempunyai sup yang berwarna merah cair dan banyak rebusan daging di dalamnya. Portion dia sangat banyak. Rasa mee yang kenyal dan supnya pedas namun sangat sedap. Kami hirup sampai habis sup dalam mangkuk. Memang berpeluh-peluh badan jadinya.

7

8

Kemudian kami mencuba Scallion Noodle. Hidangan ini berharga RM8.00 didatangkan bersama semangkuk sup kicap cair. Lauknya dipenuhi dengan hirisan bawang dan cili benggala. Rasanya sedap sekali.

BACA: Vocket makan… Restoran Lontong Klang Di Shah Alam

China Ba Bao Tea yang berharga RM4.50 merupakan minuman istimewa yang terdapat di dalam menu restoran ini. Minuman teh ini mengandungi 8 jenis bahan yang dimasukkan bersama. Bahan tersebut ialah kurma merah, buah laici, wolfberry, teh hijau, buah longan, buah apricot, gula kristal, dan bunga kekwa. Sebelum minum, pastikan anda kacau sehingga gula kristal dalam bentuk batu itu habis baru anda dapat rasa manis air teh ini. Campuran pelbagai ramuan dalam minuman ini menyebabkan rasanya sangat unik. Kebaikan minuman ini ialah dapat memberi kesejukan dalam badan pada hari yang panas.

3

5

Sekiranya anda berminat untuk membuat China Ba Bao Tea ini di rumah, boleh dapatkan paket ramuannya dengan harga RM4.50 di sini.

4

Kami puas hati dapat merasa masakan mee tarik asli ini. Sekiranya anda berminat hendak ke sini, sila ikuti info kami di bawah. Selamat menjamu selera!

Nama gerai : Mee Tarik Warisan Asli
Lokasi : Cawangan Sungai Besi(HQ) 51A, Jalan Tasik Utama 3, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur (waze)
Layari laman Facebook Page dan website kedai ini.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 11:00 am – 11:00 pm

Cawangan lain:

Cawangan Dang Wangi, No.14 , 16 , 18 , 20-G Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur (waze)

Cawangan Setapak, No. 1-G PV128 , Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur (waze)

Cawangan Shah Alam, B-27 Alam Venue 2 , Jalan Serai Wangi K 16/6, Shah Alam, Selangor (waze)

Cawangan Bangi, No.3-47-01, Common Area, Jalan Medan, Pusat Bandar Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (waze)

Cawangan Sri Gombak, No. 77-G, Jalan Prima SG 3, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor (waze)

Cawangan KL Sentral, Lot 55170, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur (waze)

BACA: The Farm Satay & Grill Alam Damai, Cheras Tempat Wajib Pergi Penggemar Makanan Western

BACA: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka