Kelebihan laptop adalah kemampuannya yang bersifat mudah alih, tapi yang menjadi masalah adalah nak cari posisi selesa itu yang susah sedikit. Kalau duduk atas lantai buat kerja sambil baring, lama-lama boleh sakit belakang. Buat kerja sambil duduk pula boleh lenguh punggung dan pinggang.

Oleh itu jika anda mempunyai masalah yang sama, alat ini mungkin dapat membantu. Memperkenalkan E-Table, inovasi meja laptop yang boleh disuaikan mengikut cara anda menggunakan laptop dengan mudah dan selesa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain daripada memberi keselesaan kepada pengguna, antara ciri-ciri menarik yang saya suka tentang E-Table ini adalah kerana ianya bersifat portable, mudah untuk dibawa ke mana-mana serta dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti pen holder, drink holder, cooling fan dan mouse pad.

E-Table juga boleh dilaraskan sesuai dengan ketinggian yang anda mahu. Bersaiz kecil, boleh dilipat, ringan dan mudah disimpan, bagi saya ini adalah pilihan yang ideal untuk rekaan sebuah meja laptop multi fungsi pada harga mampu milik.

Tak ada masalah lagi nak hadap laptop lama-lama. Sangat sesuai untuk anda yang kerap menggukan laptop atau yang bekerja di rumah. Boleh lihat bagaimana keupayaan E-Table menawarkan posisi yang selesa untuk anda menerusi video di bawah.

E-Table boleh dimiliki dengan harga semurah RM38.00 seunit, buat anda yang berminat boleh dapatkannya di sini.

Sumpah cool!