Mungkin ada dikalangan pembaca sedang menguap sambil blur tak tahu nak buat apa bila duduk di meja kerja seawal jam 8 pagi.

Tetapi begitulah lumrah kita yang mencari rezeki, terpaksa bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap dan mengadap jalan sesak untuk ke tempat kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan rasa mengantuk, kita lawan demi mencari rezeki.

nap-desk-studio-nl-greece-3

Kini, anda tidak perlu lagi khuatir selepas ini apabila syarikat reka bentuk Yunani Studio NL telah mereka satu meja kerja baharu yang dilengkapi sekali dengan katil.

Ia adalah bertujuan untuk memberi kepuasan kepada para pekerja untuk tidur di pejabat tanpa rasa malu atau tidak selesa.

Bukan sahaja reka bentuknya akan membuatkan anda lebih segar, tetapi ia juga bagi menjimat ruang pejabat serta memberi para pekerja satu ruang peribadi.

nap-desk-studio-nl-greece-8

Jadi, apa tunggu lagi. Minta majikan anda untuk sediakan satu meja kerja yang dilengkapi dengan katil.

Kini, tidur di tempat kerja boleh dilakukan dengan penuh gaya!

Sebelum ini kami ada menulis tentang majikan di firma hartanah membayar bonus yang tinggi kepada para pekerja beliau. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Majikan Di Firma Hartanah Ini Bayar Bonus RM41 Juta Pada 198 Pekerja