Alatan pelbagai fungsi nampaknya semakin mendapat sambutan yang baik dari hari ke hari. Jika diperhatikan, sudah banyak produk-produk multi fungsi ada dijual di pasaran. Contoh paling popular ialah rekaan kerusi sofa yang boleh ditukar menjadi sebuah katil.

Alatan pelbagai fungsi ini bukan sahaja nampak menarik, malah ia juga menjimatkan wang dan ruang terutama untuk alatan seperti perabot rumah. Bercerita tentang perabot rumah, tidak lengkap rasanya ruang tamu tanpa sebuah meja kopi bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang gemar bermain permainan ping pong, kami yakin anda pasti jatuh hati dengan rekabentuk meja kopi ini. Meja kopi 3 dalam 1, selain dari berfungsi sebagai sebuah meja kopi, meja ini juga boleh bertukar menjadi sebuah meja ping pong dan papan hitam.

Idea rekabentuk meja kreatif ini direka oleh Mike Mark, idea rekaan yang sungguh bijak dan menarik. Meja ini mungkin boleh digunakan untuk aktiviti pembelajaran bersama si kecil, dalam masa yang sama bolehlah bermain dan berehat, tentu menyeronokkan.

1

2

3

Meja comel 3 dalam 1 ini dijual pada harga $ 199.00 USD seunit tidak termasuk aksesori tambahan.

Sumber