Anda pasti pernah melihat situasi individu ‘menggoncang kereta’ untuk mengisi minyak dengan kadar maksimum yang biasanya, perbuatan ini dilakukan oleh individu dengan plat kereta dari negara seberang Singapura.

Menurut logik mereka, jika kereta digoncang, minyak akan memenuhi ruang tangki minyak pada kadar maksimum. Tetapi adakah benar perbuatan ini dari sudut saintifik?

Menerusi perkongsian video oleh laman Facebook ROADS.sg, mekanik berpengalaman, Vincent menerangkan perbuatan menggoncang kereta adalah perbuatan yang sia-sia kerana ianya tidak membantu untuk menambahkan kandungan minyak di dalam tangki kereta.

Apabila kita mengisi minyak, petrol akan membentuk ‘buih’ yang memenuhi ruangan tangki kereta. Ianya akan mengambil masa untuk buih-buih berkenaan meresap kembali ke dalam minyak sebelum anda mempunyai ruang lebih untuk isi minyak. Jadinya, walaupun anda menggoncang kereta, ianya tidak akan memenuhkan ruangan tangki anda.

Vincent mengibaratkan minyak petrol ini seperti air soda. Apabila anda mengisi air soda di dalam gelas, akan ada ‘foam’ yang terbentuk di atasnya. Jadi, anda perlu tunggu untuk foam berkenaan surut sebelum boleh menambah air. Malah, kereta anda mungkin rosak kerana anda mengisi minyak lebih daripada paras yang sepatutnya.

Jadi diharap penjelasan Vincent ini dapat membantu anda untuk mengisi minyak dengan lebih baik selepas ini. Jika anda nampak kenderaan dengan plat pendaftaran luar yang masih buat begini, tegurlah pemilik kenderaan berkenaan.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber