Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Setiap kenderaan perlu menjalankan pemeriksaan dan servis secara berkala bagi memastikan kenderaan tersebut dapat bergerak dengan baik dan tidak membahayakan keselamatan pengguna.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun ada segelintir pemilik kenderaan tidak mengendahkan untuk servis kenderaan dan hanya memakainya hampir setiap hari.

Baru-baru ini beberapa tangkap layar video TikTok yang dikongsikan melalui Facebook Zaki Salimi telah mendapat perhatian netizen apabila ada mekanik terkejut setelah mendapati ada pemilik Perodua Axia tidak pernah servis kereta yang dibelinya sejak tiga tahun lalu.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, ada bengkel menerima sebuah Perodua Axia yang tiba-tiba breakdown semasa pemiliknya memandu kereta tersebut.

Apabila bengkel tersebut membuat pemeriksaan dengan bantuan teknikal dari HQ, alangkah terkejutnya mereka semua apabila melihat keadaan dalam enjin kereta bertukar menjadi gelap seperti rentung terbakar gara-gara pemiliknya tidak pernah menghantar Axia tersebut untuk servis.

Perkongsian Facebook itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkejut bagaimana pemilik kereta itu langsung tidak hantar servis kereta tersebut sejak dibelinya pada tahun 2019 lagi.

Sumber Gambar: Facebook Zaki Salimi
Sumber Gambar: Facebook Zaki Salimi
Sumber Gambar: Facebook Zaki Salimi
Sumber Gambar: Facebook Zaki Salimi
Sumber Gambar: Facebook Zaki Salimi

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 1,300 kali perkongsian dan ratusan komen daripada warganet.

Terdahulu, ada seorang pemilik Citroen yang baru memandu kurang sebulan terpaksa membayar RM33,000 untuk membaiki semula kerosakan kereta terpakai yang dibelinya.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.