Nota Editor: Artikel menarik ini ditulis oleh eksekutif Petronas Cari Gali Sdn Bhd, Tuan Redzuan Roslan di laman Facebooknya. Kami kongsikan di sini untuk bacaan para usahawan tempatan.


Dalam rancangan The Shark Tank, syarikat-syarikat start up datang menemui jerung-jerung billionaire membuat pitching untuk menjual saham syarikat mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Sharks terdiri daripada:

  1. Kevin O’Leary (Billionaire Pendidikan)
  2. Daymond John (Pakar Branding)
  3. Robert Herjavec (Pakar Keselamatan Siber)
  4. Lori Greiner (Pakar Patent)
  5. Mark Cuban (Pakar Teknologi)
  6. Barbara Corcoran (Moghul Hartanah)

Jika berjaya meyakinkan The Sharks, mereka akan menerima atau membuat tawaran semula untuk membeli saham syarikat tersebut.

Selepas itu, bekerjasamalah Si Jerung dengan Start Up tersebut. Cukup masa, ada antara Jerung yang akan menjual syarikat itu ke korporat gergasi. Paling tinggi pernah mencapai USD 14.5 juta.

Persoalannya, mengapakah jerung-jerung ini memilih untuk melabur di dalam syarikat start up (LLP=PLT atau Pte Ltd=Sdn Bhd)?

Bukankah lebih elok jika melabur di dalam saham syarikat Berhad (Public Listed) di bursa saham mereka (NYSE dan seangkatan). Lebih selamat. Risiko lebih rendah dan pasaran dikawal selia oleh Securities & Exchange Commission (SEC).

ROI = Return On Investment

Ia adalah tanda ukur setiap pelabur di dalam pelaburan mereka. Ia menentukan berbaloi atau tidak melaburkan duit dan masa mereka ke atas sesuatu pelaburan.

Bagi trader saham harian, ROI mereka antara 5-8% sebulan.

Jika bermain IPO, ROI lebih kurang antara 30-70%. Malah boleh mencecah 100%. Bergantung pada nasib. Namun, IPO tidak keluar setiap hari. Untuk dapat pun perlu undi (ballot).

Jika bermain index seperti CPO, ROI lebih besar. Cuma perlu sentiasa monitor setiap perubahan index. Mahu ke tandas pun susah.
Bagaimana pula melabur pada Sdn Bhd?

Mengapa The Sharks suka melabur di dalam syarikat Sdn Bhd?

ROI-nya tidak terletak sangat pada jumlah dividen yang bakal diberi. Syarikat kecil, keuntungan selalunya dipusingkan semula sebagai modal tambahan. Dividen pun habis dipusing juga. Habis itu, mana untungnya?

Untungnya terletak pada growth. Jika syarikat Sdn Bhd itu diurus dengan baik, mempunyai pasukan pengurusan yang komited dan channel yang banyak, growth mampu mencapai beratus peratus.

Growth ini membantu menaikkan nilai saham syarikat tersebut. Growth 5x (500%), 10x (1000%) malah 15x (1500%) adalah normal. Angka seksi inilah yang membuatkan The Sharks berminat melabur.

Tambahan, sebagai salah satu pemegang saham utama (beli murah, tetapi jumlah pegangan besar), mereka boleh membantu memacu syarikat itu mengikut acuan mereka (sebagai ALP). Pelaburan yang dalam kawalan. Untuk buat cara begini di syarikat Berhad, mungkin perlukan ratusan juta.