“Korea Utara lebih selamat untuk pelancong berbanding London” kenyataan oleh kerjaan Korea Utara yang agak sukar untuk diterima pakai. Buat anda yang gemar mengembara, selepas ini berkemungkinan peluang untuk anda menjelajah ke negara penuh patang-larang, Korea Utara bakal jadi lebih mudah.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan pada bulan lepas, Korea Utara nampaknya seperti mahu membuka negaranya kepada dunia apabila mula memberi peluang kepada sekumpulan pelancong Rusia untuk ‘menikmati’ negara mereka. Ianya mungkin langkah awal yang dilakukan Korea Utara dalam usaha membangunkan industri pelancongan di negara mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

North-Korea-DMZ

Meskipun sebelum ini Korea Utara sering disifatkan sebagai sebuah negara kolot, namun ia bukan penghalang untuk kerajaan Korea Utara menawarkan lawatan untuk pelancong asing ke negara mereka. Berdasarkan daripada pengalaman pelancong Rusia, lawatan ke Korea Utara di bawah lesen Uri Tours memberi peluang kepada para pelancong untuk melawati kawasan ladang, kilang, trek gunung dan juga muzium pemimpinnya iaitu Kim II-Sung.

Dalam masa yang sama, walaupun lawatan ke Korea Utara sudah dijamin ‘lebih selamat berbanding London’, terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan untuk pelancong. Antaranya ialah dilarang mengambil fotografi pada mana-mana infrastruktur ketenteraan dan bercakap dengan penduduk Korea Utara untuk tempoh yang lama adalah tidak disyorkan. Selain itu, pelancong yang bakal masuk ke Korea Utara bakal menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Seterusnya mereka akan diiringi dengan jadual perjalanan dan panduan sepanjang masa.

Bagaimana? Adakah anda tertarik untuk ke Korea Utara? Tapi sebelum tu, baik baca ini dahulu: 10 Aktiviti Yang Kita Buat Setiap Hari Tetapi Haram Di Korea Utara