Kami nak kongsikan tips berkhemah dan itinerari road trip bagi Melbourne – Ballarat – Grampains – Great Ocean Road – Melbourne.

Apa yang bestnya berkhemah?

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Berbanding day trip, kalau berkhemah boleh teroka tempat lagi banyak. Boleh ambil masa untuk rehat dan ambil gambar puas-puas. Bermalam di kawasan national park sangat best. Boleh tengok milkyway kalau cuasa bagus.

Campsites ada kemudahan asas seperti tandas dan tempat mandi. Kalau campsites berbayar ada dapur sekali. Ada yang perlu booking dan ada yang boleh walk in je. Kalau boleh datang sebelum gelap untuk pasang khemah.

Masa terbaik untuk berkhemah di Melbourne:

Mach – April (senang nampak milkyway)
Oct – Nov (cuaca tak sejuk tak panas)
Disember – Februari (mungkin terlalu panas dan banyak lalat).

Berikut persediaan penting yang mesti dilakukan sebelum trip bermula.

1. Makanan

Sehari sebelum perjalanan, pastikan anda telah membeli keperluan makanan secukupnya jika anda nak jimat masak sendiri. Terdapat banyak kemudahan bbq di sepanjang jalan. Tetapi jika anda mempunyai portable stove, lebih mudah untuk memasak nasi dan air.

Di Sydney Road (8km dari city), anda boleh ke Barkley Square untuk membeli makanan, ada supermarket Coles & Woolsworth. Anda juga boleh membeli kemudahan camping di Kmart. Anda boleh ke sini dengan tram atau kereta.

Terdapat juga 3 supermarket utama di city. Woolworths dan BIG W terletak di QV dan Coles terletak di Melbourne Central. Anda boleh beli keperluan lain seperti air mineral, telur, roti dan sebagainya. Jika ingin lebih jimat, boleh juga membawa makanan instant dari Malaysia.

Kalau and minat BBQ, anda boleh membeli daging halal di kawasan Sydney Road. Kedai halal yang popular ialah Madina Halal Foods. Pada malam sebelum road trip, anda boleh perap daging/ayam tersebut dan simpan di dalam cooler untuk memastikan kesegarannya sepanjang perjalanan. Anda boleh membuat ais sendiri untuk disimpan di dalam cooler tersebut. Cooler boleh dibeli di Kmart.

2. Berkhemah

Berikut adalah senarai barang yang penting dibawa untuk berkhemah:

a. Khemah – pastikan double layer untuk mengelak basah jika hujan.

b. Sleeping Bag – walaupun cuaca panas di siang hari, cuaca pada waktu malam dan pagi agak sejuk. Pastikan anda membawa sleeping bag yang selesa untuk memastikan anda mendapat tidur yang secukupnya.

c. Lampu suluh

d. Mosquito repellant

e. Aluminium foil – untuk melapik tempat BBQ

f. Portable stove & gas – portable stove boleh dibeli dengan harga $20, gas dengan harga $5-8. Boleh dibeli di Coles atau Kmart.

g. Cooler, pinggan, gelas, sudu garfu, pisau dan sebagainya.

3. Kereta sewa, minyak, had laju & tol

Kereta sewa

Boleh sewa kereta dengan saya. Ada 5-seater, 7-seater & 8-seater. Whatsapp +6738691950.

Kalau syarikat kereta sewa paling murah ialah Apex & East Coast Car Rental.

Minyak

Harga dalam linkungan $1.15-$1.30 per liter. Harga minyak berubah-ubah bergantung kepada tempat. Stesen minyak yang selalunya murah ialah Metro & Liberty. Lepas tu United, 7-eleven & BP. Caltex & Shell dah kategori mahal.

Harga minyak full tank dalam $30 untuk pemanduan 3-4 jam untuk 5-seater & $60 untuk 8-seater.

Had laju

Pastikan anda memandu mengikut had laju yang ditetapkan. Terdapat juga banyak polis yang menyamar menggunakan kereta biasa, oleh itu berhati-hati ketika memandu.

Belok kiri/kanan

Di Melbourne ada hook turn (di bandar) dan lucky turn (di mana-mana). Jangan gabra, ikut je orang depan buat macam mana. Nak senang boleh Google atau tengok di Youtube.

Tol

Boleh set jalan yang tidak dikenakan tol di Google Maps. Waze tak berapa laku kat Melbourne. Google maps tak makan data, cuma guna data masa nak set jalan je. Sepanjang jalan tu data tak jalan.

Baca: 12 Tip Travel Dan Memandu Sendiri Di Melbourne, Australia

4. Itinerari

Berikut adalah cadangan itinerari untuk rujukan anda untuk trip selama 4 hari 3 malam.

Hari Pertama (Melbourne – Ballarat)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari bandar Melbourne ke Ballarat. Ballarat boleh dikatakan seperti bandar Melaka ada banyak bangunan bersejarah. Jika anda ingin masuk ke Sovereign Hills (ala-ala pekan koboi) anda perlu membayar $54 entrance fee.

Bermalam di Greenhill Lake Reserve, Ararat (penginapan di sini percuma untuk berkhemah).

Nota: Anda juga boleh skip Ballarat dan terus ke Grampians.

Hari Kedua (Ballarat – Grampians)

Ballarat ke Grampians mengambil masa selama 2 jam. Untuk ke Grampians anda perlu memakai kasut dan pakaian yang sesuai kerana ada hiking dan banyak berjalan. Berikut adalah tempat menarik di Grampians,

Kawasan look out di Grampians terletak berdekan dengan bandar kecil Hall Gaps. Untuk sampai ke look out points, anda hanya perlu masuk ke Simpang McKenzie Falls dan kemudian mengikut signboard untuk ke look out di sana.

Grand Canyon & The Pinnacles

Simpang pertama yang anda akan nampak ialah Wonderland Walk. Dari sini, ada boleh park kereta dan hiking dalam 2-3 jam untuk ke Grand Canyon and puncak The Pinnacles. Kalau anda ingin perjalanan yang lebih senang dan kurang mencabar anda juga boleh ke The Pinnacles dari Sundial Car Park.

Boroka Look out & The Balconies

Selepas The Pinnacles, anda boleh meneruskan perjalanan (drive) ke Boroka Look Out. View cantik betul-betul berhadapan dengan car park. Selepas itu, anda boleh ke The Balconies, untuk sampai ke sini anda perlu berjalan 1km daripada tempat parking kereta.

McKenzie Falls

Merupakan air terjun yang popular di Grampians, air yang sangat menyegarkan. Untuk sampai ke sini, anda perlu berjalan lebih kuran 2km pergi dan balik. Laluan yang mudah tetapi agak penat semasa hendak balik ke car park kerana anda perlu mendaki sedikit.

Hall Gaps Recreation Reserve

Jika anda ingin melihat Kangaroo dengan lebih dekat secara percuma, anda boleh ke sini pada sebelah petang sebelum sunset untuk melihat kangaroo liar makan.

Bermalam di Plantation Campground (percuma).

Lain-lain campsites boleh refer di sini parkweb.vic.gov.au/explore/parks.

Hari Ketiga (Grampians – Great Ocean Road)

Perjalanan juga mengambil masa lebih kurang 3 jam. Anda boleh bergerak awal pagi dan boleh menghabiskan masa Port Campbell National Park sepanjang hari dan bermalam di sana.

Terdapat 8 tempat menarik di Port Campbell National Park iaitu

  1. Bay of Island
  2. Bay of Martyrs
  3. The Grotto
  4. London Bridge
  5. The Arch
  6. Lord Ard Gorge
  7. 12 Apostles
  8. Gibson Steps

Tempat di atas saya dah susun dari hujung ke hujung. Jarak di antara satu stop ke stop yang lain dalam 15 -30 minit pemanduan. Bila sampai di stop tersebut, anda hanya perlu park kereta dan berjalan untuk melihat view yang cantik. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di visit12apostles.com.au/see-do.

Bermalam di Princetown Recreation Reserve and Camping $25 per campsite, max 2 orang. Kalau lebih 2 orang ada extra charge (7 km dari 12 Apostles).

Hari Keempat (Great Ocean Road – Melbourne)

Perjalanan juga mengambil masa lebih 3 jam (jalan coastal). Berikut adalah tempat-tempat menarik yang anda boleh singgah sepanjang perjalanan.

  1. Apollo Bay (Fish & Chips famous di Restoren Iluka, ada sijil halal)
  2. Kenneth River Koala Walk (Boleh tengok wild koala ada pokok, ada nasib baik boleh bagi makan burung yang jinak)
  3. Lorne
  4. Great Ocean Road Memorial
  5. Split Point Light House
  6. Anglesea
  7. Geelong (kalau sempat, anda boleh singgah ke Waterfront Geelong, Point Lonsdale & Queenscliff)

Bermalam di Melbourne. Trip tamat.

Baca lagi: 7 Tip Rujukan Buat Anda Yang Mahu Travel Ke Melbourne, Australia

Artikel di atas disumbangkan oleh Rantau Australia. Beliau menetap di Melbourne, Austalia. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka