Nama Zaha Hadid boleh dikatakan nama yang tidak asing lagi di dalam seni reka bangunan. Konsep rekaan Zaha Hadid juga mempunyai identiti tersendiri dengan rekaan yang penuh dengan lengkung dan futuristic. Sebelum ini rekaan Zaha Hadid telah dibina di Abu Dhabi, Berlin, Wolfsburg, Zaragoza dan Guangzhou.

Terbaru, Melbourne mengesahkan rekaan Zaha Hadid bakal dibina pada kota tersebut menjadikan yang pertama di dalam negara Australia. Bangunan yang diberi nama ‘Stacked Vase Tower’ ini bakal menempatkan pejabat, mall, kediaman serta ruang legar yang moden. Apa yang lebih menarik, rekaan terbaru ini bakal menggunakan 50% kurang tenaga berbanding bangunan-bangunan lain sekitar Melbourne.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini masih belum terdapat tarikh yang tetap bila masanya bangunan ini akan siap dibangunkan. Sebelum itu, mungkin anda boleh tengok gambar-gambar planning ‘Stacked Vase Tower’ sebelum anda masukkan Melbourne di dalam wishlist anda apabila bangunan ini siap dibina.

melbourne-first-zaha-hadid-building-1

melbourne-first-zaha-hadid-building-4

melbourne-first-zaha-hadid-building-2

melbourne-first-zaha-hadid-building-5

Sumber