Disebabkan ramai sangat bertanya soalan yang sama, saya akan tulis beberapa maklumat penting untuk tuan tuan yang merancang bercuti di Melbourne

1. Tiket

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AirAsia menawarkan penerbangan sehari dua kali ke Melbourne iaitu jam 10 pagi dan 10.30 malam.

Kebiasaannya harga tiket lebih murah pada musim ‘bukan cuti sekolah’. Harga sekitar RM1100 +- pergi balik. Boleh jadi murah lagi jika ada promosi daripada AirAsia.

Di musim cuti sekolah, harganya lebih tinggi walaupun tidaklah mahal kerana nama pun syarikat tambang murah. Kebiasannya harga tiket pergi balik RM1200- RM1600. Anda juga ada pilihan untuk menaiki pesawat MAS, KLM dan lain lain pesawat dengan jarak perjalanan KL- Melbourne sekitar 8 jam.

2. Waktu Terbaik

Bergantung pada minat seseorang. Jika bertanya pada saya, cadangan saya 2 waktu terbaik ialah:

a. Tulip Festival
Tahun ini 2017 ia bermula pada 14 September sehingga 10 Oktober. Ladang Bunga Tulip seluas 60 ekar dibuka kepada orang ramai.

b. Musim Panas dan Luruh (November- April)
Cuaca tidak sejuk dan kepanasannya juga nyaman. Tidak sepanas Malaysia. Siangnya panjang menyebabkan kita boleh berjalan lama berbanding musim sejuk.

Musim buah buah-buahan dan bunga. Khususnya buah cherry diantara November hingga Januari. Bagi yang berminat melawat, memetik dan makan buah buahan, inilah musim paling sesuai. Begitu juga ladang ladang bunga, Rose Garden dibuka di musim ini. Musim lain ada juga buah-buahan tetapi tidak sebanyak musim ini.

c. Selain dua waktu ini, boleh juga datang sepanjang Mei – Ogos. Cuaca sejuk. Boleh main salji di Mount Buller, Baw Baw dan lain lain kawasan salji di pergunungan.

Baca: 12 Tip Travel Dan Memandu Sendiri Di Melbourne, Australia

3. Tempat lawatan / daya tarikan

Australia popular dengan Kangaroo dan Koala. Dua jenis binatang yang sukar ditemui di negara lain. Kangaroo haiwan berpoket dan manja seperti arnab.

Berikut lokasi kebiasaan pelancong pergi di Melbourne/Victoria State.

a. Philips Island
Melawat Kangaroo, Koala, Burung Pelican, Penguin, Lembu, Biri Biri, dan lain lain pemandangan indah.

b. Puffing Billy / Dandenong Renges
Menaiki keretapi Wap bersiar melihat hidupan hutan simpan Dandenong.

Melawat ladang buah buahan. Syarikat XploreVic biasa akan membawa pelancong ke Dusun Reyners. Dusun yang ditanam lebih 300 jenis buah buahan khusus untuk lawatan dan boleh makan buah buah segar dari dalam ladang.

Ladang Lavender, Tulip, Rose.

Ladang Cherry, Strawberry, Resberry, Blackberry dan segala berri lah.

c. Great Ocean Road
Laluan sepanjang lebih 200km di pesisir pantai ini penuh dengan lebih 20 lokasi lokasi menarik untuk dilawati seperti Apollo Bay, Twelve Apostles, Anglesea dan lain lain.

d. Mount Buller
Lokasi sekitar lebih 3 jam perjalanan dari Melbourne ini popular dengan pergunungan salji yang sangat cantik. Dari jauh akan kelihatan puncak gunung yang memutih dan boleh memandu kenderaan sehingga ke atas gunung.

e. Melbourne City
Boleh melawat pusat perniagaan Melbourne, Yarra River, bangunan bersejarah seperti Flinders Street Station, Federation Sq, Muzium dan lain lain.

Melbourne juga terkenal dengam beberapa taman besar seperti Fitzroy Garden, Botanical Garden (banyak tumbuhan tropika, kebun Kaktus dan lain lain tanaman).

Brighton Beach (terkenal dengan chalet berwarna warni), St Kilda Beach.
Lokasi membeli belah wajib seperti DFO (barangan berjenama dengan harga kilang), Queen Victoria Market (cenderamata, T Shirt, makanan, buah buahan dan lain lain dengan harga lebih 50% murah daripada di lokasi pelancongan.

Ini sebahagian lokasi popular. Banyak lagi jika hendak diteroka seperti Ballarat, Bendigo, Geelong, Lake Entrance, Dockland dan lain lain lokasi menarik.

4. Makanan halal dan masjid

Terdapat lebih 100 restoran makanan halal di Melbourne. Hanya perlu buat carian di Google atau Google map sahaja anda akan temui kedai makanan halal disekeliling anda. Itulah gunanya ada smartphone.

Restoran Malaysia/Indonesia yang popular dan sedap di Melbourne antaranya: Blok M (Lt Bourke St), Laksa Bar (Lt Lonsdale St), Kedai Mamak (Lonsdale St), Little Ipoh (La Trobe St), Nasi Lemak House (Grattan St), Norsiah Kichen (Swanston St).

Malam akhir boleh makan besar di HIYC (Hume Islamic Youth Centre) untuk menu BBQ Kambing, Ayam, Lembu dll.

Lebih 60 buah masjid di Victoria State ini dan lebih 30 daripadanya dalam daerah Melbourne. Antara masjid popular ICV Mosque, Albanian Mosque, Preston Mosque, Sunsine Mosque, Amir Sultan Mosque dll.

5. Penginapan

Untuk harga yang lebih murah dan mudah untuk memasak dan membasuh, elok tinggal di homestay. Boleh booking melalui apps AIRBNB. Ada juga orang Malaysia yang menyediakan homestay.

6. Visa

Tourist Visa untuk warga Malaysia boleh dibuat secara online sahaja terus ke website imigration Australia dnegan bayaran $20 dollar. Visa akan lulus sekitar 10 minit hingga 24 jam.

7. Tourist Guide / Memandu

Lesen memandu Malaysia yang baru (ada terjemahan english) boleh digunakan di Melbourne. Boleh sewa kereta dan pandu sendiri. Cuma berhati hati dengan dua perbezaan ketara untuk memandu di bandar khususnya cara membelok di laluan tram dioanggil hookturn. Boleh belajar di Youtube kaedah membelok tersebut.

Paling mudah ambil sahaja perkhidmatan tourist guide daripada mana-mana travel agensi milik anak Malaysia. Antara yang popular XPLOREVIC atau nama barunya TRAVALET milik Hamzah Mshams yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Sekian. Cukup sekadar itu. Hendak tahu boleh bertanya. Hendaklah maklumat, smartphone ada dihujung jari. Gunakan sebaiknya, bukan untuk gosip di whatsapp dan FB sahaja.

Wasaalam. Nendri. Arikato. Thank you.

Mohd Nasaie Ismail
Preston, Victoria

Baca lagi: 6 Tip Mencari Salji Pada Musim Sejuk Di Melbourne