Kaki pancing mesti cemburu melihat cara wanita ini memancing ikan. Tidak perlu tunggu berjam-jam lamanya dan bersabar. Tidak perlukan rod dan jaring. Apa yang wanita ini buat, hanyalah dengan memasukkan usus (saya rasa anda tahu usus apa) ke dalam air sungai dan “plup” “plup” ikan ini melompat-lompat untuk mendapatkan habuan mereka. Oleh kerana ikan-ikan tidak melepaskan mulut mereka, wanita ini hanya perlu memindah dan menjatuhkan ikan ke dalam sebuah baldi besar.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Dan “Walla!”, tangkapan beliau memenuhi sebaldi besar.

Apa yang anda telah tonton adalah sebenarnya seorang remaja Brazil sedang menangkap ikan piranha. Ikan ini selalu dimasak sup, dipanggang atau digoreng, dan merupakan sumber makanan biasa dalam kawasan hutan hujan tropika di Brazil.

Dan inilah pula yang terjadi apabila seorang lelaki memberanikan diri berenang dengan ikan piranha.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group