Semua sedia maklum melanggar lampu isyarat merah boleh dikenakan saman jika didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut. Bagaimana pula jika seseorang tidak melakukan kesalahan, namun dituduh melakukannya?

Baru-baru ini seorang pemandu kehairanan apabila seorang anggota polis trafik mendakwanya melanggar lampu isyarat merah semasa polis tersebut menjaga lalu lintas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu video berdurasi 7 minit, polis tersebut meminta pemandu berkenaan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan berlaku ‘sesi soal jawab’ di antara mereka berdua.

Polis itu menyatakan rasa tidak puas hati mendakwa pemandu ‘melanggar lampu hijau’ di hadapannya sewaktu dia sedang bertugas. Tambahnya lagi, ‘tindakan’ pemandu itu seolah-olah mencabar kredibiliti kerjaya sebagai seorang anggota polis trafik.

Bagaimanapun, dalam video dashcam pemandu tersebut, kesemua kawasan lampu isyarat yang dilaluinya menunjukkan warna hijau, tidak ada satu pun berwarna merah.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen, anda yang mendakwa polis tersebut mungkin tersilap mengekori kereta sehingga tertukar dengan kereta milik pemilik dashcam.

Ada juga mendakwa mungkin polis itu tersilap melihat lampu isyarat kerana sewaktu kejadian dia sedang melihat lampu isyarat untuk laluan berlawanan arah daripada kereta milik pemilik dashcam.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Nyata orang ramai lagi, sekiranya pemandu itu menjawab dengan yakin tidak melanggar lampu isyarat merah dan menunjukkan rakaman kepada polis tersebut, mungkin hal ini tidak berpanjangan.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Syarikat teknologi terkemuka, Meta telah mendakwa PDRM membuka akaun-akaun palsu sebagai propaganda politik. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Meta Tuduh PDRM Buat Akaun Palsu Untuk ‘Puji Kerajaan, Troll Pembangkang’?

Individu Melakukan Perbuatan ‘Skodeng’ Boleh Dijatuhkan Hukuman Denda Dan Dipenjara

Netizen Sokong Pelaksanaan GEG & RUU Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022