Kadang-kala walaupun kita memandu secara defensive, pasti akan ada pemandu lain memandu secara agresif yang boleh menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Hari ini tular satu rakaman dashcam sebuah Perodua Myvi telah melanggar Perodua Viva sehingga terjatuh masuk longkang lalu terbalik. Kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 6.30 petang semalam.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di satu kawasan sekitar Taman Nesa, Tun Aminah terletak di Johor. Sejurus melanggar kereta Viva tersebut, pemandu Myvi itu meneruskan perjalanan dengan menggunakan laluan yang bertentangan sehingga hampir melanggar dua orang pejalan kaki yang sedang melintas.

Rata-rata netizen terkejut dan mengecam pemanduan pemandu kereta Myvi tersebut sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain menjadi mangsa.

vocket-myvi-langgar-viva-sampai-terbalik-6

Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia

vocket-myvi-langgar-viva-sampai-terbalik-4

Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia

vocket-myvi-langgar-viva-sampai-terbalik-3

Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia

vocket-myvi-langgar-viva-sampai-terbalik-2

Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia

vocket-myvi-langgar-viva-sampai-terbalik-1

Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia

Setakat artikel ini ditulis tiada perkembangan lanjut mengenai pemandu Myvi tersebut. Manakala mangsa wanita yang memandu kereta Viva itu dikhabarkan mengalami pendarahan yang banyak tetapi dalam keadaan stabil menurut salah seorang pengguna Twitter.

Tidak kira apapun jua kenderaan yang kita pandu, pastikan kita sentiasa mengikut undang-undang jalan raya bagi memastikan tiada kemalangan boleh berlaku kerana nyawa tidak boleh dibeli-ganti dengan wang ringgit.

Semoga pemandu Myvi yang tidak bertanggungjawab tersebut dapat dikesan oleh pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah dirakam bersalah menjadi punca kemalangan, wanita ini telah berkongsi satu hantaran Facebook yang mengelirukan orang ramai. Baca lebih lanjut di pautan bawah.

Jadi ‘Punca’ Kemalangan Dan Tidak Mengaku Bersalah, Pemandu Myvi Ini Dikecam Orang Ramai

Myvi Salah Jalan, Buat ‘Potongan Tajam’ Hingga Nyaris Langgar Motosikal

Ambil Lajak Macam Bawa Lori, Netizen Simpati ‘Rider’ Nyaris Berlanggar Dengan Myvi

Anda Mungkin Suka