Sebut sahaja bahasa Jawa, tidak semua kuasai bahasa Jawa walaupun berketurunan Jawa. Umum mengetahui, kaum Jawa banyak berada di Selangor dan juga Johor.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @ek41._ telah memuat naik sebuah video menunjukkan rakaman memesan makanan di drive-thru McDonalds Banting. Menerusi video tersebut, dirinya memesan makanan dalam bahasa Jawa dan mengejutkan apabila pekerja yang mengambil pesanannya turut boleh berbahasa Jawa.

https://www.tiktok.com/@ek41.__/video/7090548620335811867?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menerusi video tersebut, individu tersebut telah memesan dua aiskrim McFlurry Milo yang baru sahaja menu itu kembali di McDonalds dan juga aiskrim kon vanila satu.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen juga terkejut kerana pekerja McDonalds boleh menggunakan bahasa Jawa. Tidak hanya itu, ramai juga ‘anak Jawa’ yang hadir di ruangan komen memuji pekerja tersebut.

Malah, ada juga netizen mengatakan hanya tahu beberapa perkataan sahaja dalam bahasa Jawa. Segelintir netizen juga mengatakan suka mendengar orang berbahasa Jawa walaupun tidak faham.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah

‘Patut Duduk Rumah’- Netizen Kecam Wanita Hamil Terjatuh Ketika Mahu Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000