Anjing memang terkenal dengan sikap mereka yang garang terutamanya dengan orang yang tidak dikenali terutama jika mereka ditugaskan untuk menjaga kawasan rumah.

Namun jika ia sudah biasa dan kenal dengan seseorang, anjing ini secara automatik akan menjadi baik dan ada kalanya terlebih manja.

Seperti yang berlaku kepada posmen ini Mohd Munir seperti yang dikongsikan beliau dalam hantaran Facebook-nya baru-baru ini.

Dalam video pendek itu, Munir yang bekerja sebagai posmen di Lenggong, Perak merakam telatah anjing di salah sebuah rumah yang sepertinya sudah bersedia menanti kehadirannya untuk menghantar surat di rumah tuannya.

Selepas perkongsiannya yang pertama itu tular dengan mencecah 16,000 perkongsian, Munir sekali lagi memuat naik video anjing tersebut beberapa hari kemudian.

Sama seperti sebelumnya, anjing itu sekali lagi menunjukkan kesetiaannya dengan berlari-lari mendapatkan surat daripada beliau sama seperti yang dilakukannya sebelum ini.

‘Marah jika orang lain ambil’

Bercerita kepada MalayMail, Munir memberitahu anjing tersebut pada awalnya memang bersikap garang kepadanya.

Namun selepas seminggu ia telah berubah sikap dan mula mengambil surat daripadanya sebelum memberikan kepada tuannya.

Malah, menurut Munir anjing tersebut juga tidak menggemari jika tuan rumahnya sendiri yang mengambil surat yang dihantar dan perlu melalui dirinya.

Jika tidak, anjing tersebut akan kelihatan seperti ‘marah’ dan mahukan surat itu diberikan kepadanya terlebih dahulu.

Tonton juga telatah posmen ini yang terpaksa memanjat pagar selepas dikejar anjing ketika menghantar barang sebelum ini di pautan di bawah. 

Dikejar Anjing Sehingga Ke Atas Pagar, Gelagat ‘Abang Posmen’ Ini Buat Netizen Ketawa

Terima 90 Jahitan, Hero Berusia 6 Tahun Ini Sanggup Gadai Nyawa Selamatkan Adik Daripada Gigitan Anjing

Anjing Ini Masih Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia Akibat COVID-19