Apa berlaku apabila saya menukar panggilan makcik kepada puan ?

Ini pengalaman sebenar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk mereka yang follow Puan Ainon Mohd, mesti akan terbaca tentang betapa pentingnya Puan Ainon menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dalam interaksi kita seharian dalam bisnes terutamanya.

Walaupun di awal mula saya mempraktikkan terasa kejanggalan dan kepoyoan kerana kita menukar panggilan “bang” kepada “Tuan” dan panggilan “kak” kepada “Puan”.

Penulis, Puan Rafiza Idayu bersama rakan-rakan satu industri.
Penulis, Puan Rafiza Idayu bersama rakan-rakan satu industri di kedainya.

Apabila berpeluang berkuli di dalam ABS dan bergaul dengan puak ABS, kami terbiasa dengan panggilan yang memuliakan antara satu sama lain. Lebih hormat dan lebih terdelegasi dengan mudah.

Dan kami memang menggunakan BMT sebagai SOP melayan pelanggan di kedai kami.

Suatu hari kami didatangi pelanggan berusia. Hanya memakai t-shirt biasa sahaja dengan penampilan yang biasa biasa sahaja. Hari itu, beliau berbelanja RM500 walaupun baru pertama kali datang. Apa sahaja barang yang kami cadangkan, beliau ambil sahaja. Sampai saya pun terkebil-kebil.

Saya bertanya, dari mana tahu kedai kami. Facebook jawabnya.

Tahulah saya bahawa beliau adalah pelanggan berduit.

Ada skil menarik duit keluar dari poket mereka iaitu salah satunya adalah BMT.

Kenapa BMT?

BMT adalah bahasa yang biasa dijumpai oleh golongan tertentu di tempat-tempat tertentu seperti di Golden Lounge Airport, di lobi hotel-hotel, di golf club, di education centre, di conference room atau di premium outlet.

Apabila telinga mereka menangkap bahasa yang sama di pasar malam, di outlet startup atau online conversation, automatik corak pembelian mereka akan berubah.

Tak rugi mempraktikkan BMT. Dengan BMT, skil berunding dapat dilakukan dengan baik hingga boleh close deal dengan cepat.

Teguran mereka yang berpengalaman jangan kita orang muda cepat melenting. Ambil dan hadam. Berlapang dada.

Nota energi.