Sudah menjadi keutamaan dan kebiasaan para pemandu tidak sewenang-wenangnya membuka pintu kereta sewaktu berada atas jalan raya. Meskipun keperluan mendesak, haruslah pemandu tersebut membuka pintu pada laluan yang selamat serta bebas daripada pengguna jalan raya yang lain.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah perkongsian Kok Ling Wai yang dikongsikan Twitter @My_CrimeWatch yang memperlihatkan sebuah Proton Iriz dengan penuh selamba membuka pintu kereta sewaktu berada di laluan tengah jalan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih mengejutkan, pemandu tersebut turut membuka pintu kereta tanpa melihat cermin pandang belakang terlebih dahulu sehingga menyebabkan sebuah motosikal yang dipercayai rider makanan melanggar pintu kereta tersebut.

https://twitter.com/my_crimewatch/status/1607702552635899906?s=46&t=3xdmFYtPi7SYfbhQTIdY1Q

Tindakan tidak masul akal pemandu Proton Iriz ini sekaligus telah mendapat perhatian netizen yang kurang senang dengan apa yang dilakukan. Malah, ramai yang mempersoalkan tujuan membuka pintu tanpa di tengah jalan raya tersebut.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja menyalahi undang-undang jalan raya, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.