Misi Mark Zuckerberg untuk menyatukan manusia dibawah satu rangkaian iaitu Facebook diteruskan lagi. Kali ini, Mark Zuckerberg memperkenalkan Facebook Marketplace. Facebook Marketplace secara asasnya merupakan sebuah platform dimana membolehkan anda menjual dan membeli dengan mudah.

Jika sebelum ini, anda mungkin boleh dapatkan barangan yang diinginkan di group Facebook yang menjual barangan tersebut, kini dengan Facebook Marketplace ‘it gets better’. Pengguna cuba perlu masukkan barangan yang ingin dicari dan Facebook akan cuba menapis berdasarkan faktor kategori barangan, lokasi dan harga. Cool bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

facebook-launches-marketplace-01

pdp_us

Setakat ini cuma 4 negara yang dipilih untuk mendapatkan fungsi terbaru daripada Facebook iaitu U.S, UK, Australia dan New Zealand. Dijangkakan Facebook Marketplace akan sampai ke Malaysia sedikit lambat. Kemungkinan masalah dari segi pembayaran antara faktornya.

Adakah ini bermakna Facebook mahu menguasai e-commerce pula selepas menguasai social media dan chat app? Jika anda bertanya saya, jawapannya ya. Mark mahu menguasai semua kecuali search engine yang masih lagi dikuasai oleh Google.

Baca lagi: Mark Zuckerberg Mula Tunaikan Janji Untuk Menderma 99% Saham Facebook

Sumber