Nota Editor: Nota ini telah dikongsikan di Facebook Zamri Mohamad. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia mambawa manfaat untuk anda.

Semalam mengikuti ceramah Abdur Raheem Green. “Memberi alasan adalah tingkah laku syaitan.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apakah yang membezakan Adam dan Syaitan ialah dua perkara.

1. Lakukan setelah mendapat cara.
2. Berikan alasan untuk tidak lakukan.

Pertama

Nabi Adam memohon ampun dan mengamalkan jalan keluar

Apabila Nabi Adam mengalami musibah, beliau memohon keampunan dan jalan keluar. Itu yang dilakukan apabila Nabi Adam diturunkan ke bumi selepas melanggar peraturan syurga.

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.” (Al Baqarah:37)

jangan-bertangguh

Kedua

Syaitan terus menerus memberi alasan agar tidak membuat apa yang diarahkan. Apabila diperintahkan oleh Allah agar sujud di hadapan Adam. Syaitan memberi alasan;

“Aku lebih baik daripada Adam…” (al-A’raaf 7:12)

Aku tidak patut sujud kepada manusia…” (al-Hijr 15:33)

“Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?”(al-Isra’ 17:61)

Inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku?” [al-Isra’ 17:62]

Kemudian syaitan memberi alasan lagi bahawa hukuman Allah ke atasnya punca dia akan melakukan hal ini, “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (al-Hijr 15:32-39)

Apa yang menarik ialah fungsi alasan ialah melewat-lewatkan masa.

“Memberi alasan adalah tingkah laku syaitan.”

“Bertindak berdasarkan bimbingan adalah cara manusia.”

BACA: Pernah Disindir Kerana Menghantar 7 Anak Belajar Agama

BACA juga: Respon Orang Bukan Islam Apabila Melihat Muslim Solat

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram