Khas untuk geng yang tiada modal, tapi bersungguh nak pergi Guangzhou, untuk buat duit!

Tip ini mahal. Baca betul-betul.

Dalam ramai-ramai bakal usahawan ada yang tak berapa mampu untuk mempunyai modal. Yang ada hanyalah kos penerbangan ke China, kos makan sikit-sikit dan duit kecemasan.

Ikut langkah ini ya! Langkah 5B saya gelarkannya. Mudah nak ingat kan?

1. Buka akaun antarabangsa

Sebelum bertolak ke Guangzhou, perkara pertama harus dibuat adalah membuka akaun antarabangsa kita. Bagaimana nak buka (baca: aktif). Senang sahaja.

Perhatikan kad ATM kita. Ada “Visa” atau “Mastercard”? Terus telefon bank yang berkenaan, dan maklumkan mengenai permusafiran kita ke China .

Sampaikan hajat kita untuk mengaktifkan pengeluaran antarabangsa. Bam! Tak sampai beberapa minit, kad kita telah diaktifkan.

Ada cara lain nak aktifkan kad?

Ada. Pergi ke mesin ATM, aktifkan di situ atau lakukannya di kaunter bank pemegang kad ATM kita.

2. Berkawan-kawan

Menikmati teh cina bersama-sama rakan-rakan tempatan.
Menikmati teh cina bersama-sama rakan-rakan tempatan.

Langkah kedua adalah kena berkawan-kawan. First time nak pergi? Ikut kumpulan bisnes yang kenakan pakej yang murah dan berbaloi. Boleh tanya saya. Pergi berkawan-kawan. Baru ada feel.

Kawan-kawan di sekeliling kita juga mestilah ramai. Tak ramai kawan, bina rakan dari sekarang.

Aktif di dalam WhatsApp group, dan hebahkan akan kepergian kita ke Guangzhou, agar semua alert dan memberi perhatian.

Mengapa harus berkawan? Baca sampai habis. Baru tahu sebabnya mengapa.

3. Berani berjalan-jalan dan bertanya

Sampai sahaja di Guangzhou, apa lagi. Kalau ikut rombongan, pastikan di setiap check point plaza, amati betul-betul barang yang dijual di sana.

Jangan ikut gaya tauke makan angin. Orang baru, kena banyak belajar benda baru.

Di Guangzhou sahaja, setiap bulan pasti akan muncul produk baru yang ‘rare’ dan asing di negara kita. Momen-momen ini menjadi kegilaan usahawan yang suka menjual barangan “Hit & Run”.

Jangan tengok sahaja! Ambil gambar banyak-banyak, dan berlainan produk.

Tanyalah supplier tentang spesifikasi dan harga. Boleh tanya harga borong dan minima ‘purchase’ walaupun tak beli lagi.

Maklumat ni penting untuk langkah seterusnya.

4. “Blast” dalam WhatsApp group atau FB

Aktifkan kad ATM sebelum ke China.
Aktifkan kad ATM sebelum ke China.

Tak payah fikir banyak. Kita ada misi untuk kita selesaikan.

Kita dah ‘berkawan-kawan’ kan? Apa lagi, guna rantaian kawan kita. Kita bina ‘circle’ kita melalui rantaian bisnes yang kita bina sebelum ke Guangzhou.

Atau kita mula membinanya saat kaki memijak bumi Guangzhou.

Mahu menggunakan rantaian lama atau baru, terpulang dengan ‘demand’ dan ‘kiriman’. Guna semua informasi yang diperolehi, goreng ayat sedap-sedap, pancing hingga dapat!

5. Bertindak

Tanpa langkah ke-5 ini, maka sia-sialah langkah 1 hingga 4 yang telah dikongsikan di atas.

Tidak bertindak sekarang, bila lagi mahu merasai seperti orang lain. Berbisnes sehingga ke China. Ramai yang dah mencuba.

Pergi tanpa modal. Berani mencuba. Dan mampu menjana keuntungan sekaligus mendapat semua kos penerbangan ke China.

Keuntungan yang diperolehi hasil ‘memancing kecil-kecilan’ akhirnya dijadikan modal awal untuk memborong.

Seperti ilmu yang pernah kita kongsikan sebelum ini, modal seminimum 4k – 5k sudah boleh untuk dijadikan modal mula memborong di Guangzhou.

Dengan ilmu ‘pancing’ tanpa modal ini pula menjana keuntungan sehingga 5k sekaligus boleh ditukarkan ke modal mula memborong.

Mudah kan? Bertindak dan ulang langkah 1-4 dan lihatlah hasilnya. Anda ada otak? Kalau ada, jom jalan-jalan di Guangzhou!

Jika rasa bermanfaat,terus SHARE dengan partner anda.

BACA: Lubuk Perabot Murah Di China, Saya Jimat Ribuan Ringgit Di Sini