Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Di sini aku nak kongsikan beberapa tips & tricks supaya korang tak bayar mahal-mahal ke Lapland lepas tu tak dapat jumpa Cik Aurora. Tapi ni terpakai untuk kaki redah macam aku saja lah, kalau ikut tour tu tak payah buang masa baca.

Perancangan nak pergi Lapland ni sehari je, beli tiket flight lepas tu terus gerak. Hahaha. Sebab tiket flight pergi London tak boleh pakai atau refund, salah tulis nama.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Aurora Borealis?

Apabila angin solar yang datang dari matahari ini melanggar bumi, kutub magnet yang mengelilingi planet kita menentang sinaran solar lalu memaksanya untuk bertindak balas dan berubah arah.

Inilah cara bagaimana Allah SWT melindungi kita daripada angin solar maut matahari ini. Hasil daripada tindak balasnya, berlakulah fenomena indah yang dikenali sebagai aurora. Ini terdiri daripada Aurora Borealis (Northern Lights) yang mengelilingi magnet kutub utara dan Aurora Australis (Southern Lights) yang mengelilingi magnet kutub selatan.

Saintis menjelaskan bahawa jika tidak kerana fenomena ini, bumi ini akan terbakar! Itu yang diceritakan di dalam Al-Quran. Allah SWT sebenarnya bersumpah demi Aurora ini, dan menekankan kepentingan kewujudannya.

Ini sepatutnya membuatkan kita tertanya-tanya: bukankah ini contoh keajaiban Al-Quran? Aurora dijumpai pada tahun 1880, akan tetapi hanya pada 1950 saintis berjaya mendapatkan penjelasan tentang ‘sinaran solar’ ini, tetapi Al-Quran telah menceritakan tentangnya sejak 1400 tahun yang dulu. Jadi nikmat yang mana hendak kau dustakan?

Macam mana nak pergi?

Untuk warga Malaysia tak perlu visa sebab Finland merupakan salah satu daripada Shengen Country. Kita dapat 3 bulan pelepasan visa. So, first thing first. Kau cari tiket flight ke Kittila (Kittilay), Finland.

Dalam kes aku, aku terbang dari Singapura naik Finnair turun Kittila, connecting flight di Helsinki. Bestnya naik Finnair ni dia ada kamera di luar kapal terbang, kau boleh tengok view kapal terbang tu dari sayap atas, dan pemandangan di bawah.

Jadi kalau kau dapat cari flight pagi lagi best! Tapi terpulanglah, mana flight yang murah kau sambar je, sebab harga tiket penerbangan Finnair agak mahal juga.

Macam mana nak bergerak?

Kau pergi sewa kereta di lapangan terbang tu, di company nama Budget (cari nama Tony, dia baik gila). Sewa kereta seminggu boleh dapat 300Euro sahaja!

Kenapa kena sewa kereta? Sebab pengangkutan awam di musim sejuk sangatlah susah. Kau kena ikut schedule yang mana akan banyak buang masa nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Finland. Kereta tu boleh jadi rumah kau juga sebab hostel pun gila mahal, plus tak banyak hostel pun terutama di Lapland. Minyak kereta full to full. Aku memandu dalam sekitar 3++km cuma setengah tanki je habis. Setengah tanki tu dalam tak sampai 40Euro. Jangan lupa ambil kelas C kalau kau nak murah.

Kalau ramai ada jugak van, tong-tong lah dengan kawan-kawan. Seriously berbaloi! Dan sila berhati-hati memandu terutama bila hujan jalan akan jadi sangat-sangat licin!

Tapi kalau kau nak menetap setempat je di tempat yang aku bagitau kat bawah ni nanti, sewa kereta tu tak payahlah. Naik bas je baru 15Euro sehala. Turun di Akaslompolo.

Boleh tanya pemandu bas tu biasanya akan ada 2 bas tunggu kat luar, takyah bayar kat kaunter mana-mana. Naik je ke atas bas tu tu lepas kau sahkan dengan pemandu bas dia pergi Akaslompolo, bayar dalam tu je nanti pemandu bas kutip duit.

Baca: 8 Fakta Menarik Tentang Aurora Borealis Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Mana nak tinggal?

Ok ni bahagian ni paling best. Kat mana kau nak habiskan masa kalau kau ada duit lebih dan nak tidur dalam rumah, live like a local. Best part being Finnish, setiap rumah mesti ada sauna.

Jadi kalau rumah kau ada tempat sauna, by culture they can take sauna sampai berkali-kali diselang-seli keluar rumah sejuk-sejuk kat luar tu dengan towel lepas tu masuk balik berualng kali. Dan semestinya sewa rumah bermaksud ada air panas, boleh masak, selimut tebal dan keperluan lain yang berkaitan.

Tapi di mana tempat yang best? Haa, bgi aku di Akaslompolo! Bayangkan tempat ni jam 10pm sampai 6am dia akan tutup lampu jalan. Malam pertama aku flat sebab jetlag. Malam kedua, aku buka pintu rumah nak keluar makan, tu dia aurora borealis depan mata je. Terduduk aku jap, mengalir air mata ni haa.

Wujud benda ni. Selalu tengok kat Google je. Hah ni depan mata. Nampak dengan naked eyes. Siapa kata tak boleh tengok aurora dengan mata kasar ni? Jadi rumah yang aku sewa ni dibuat daripada kayu.

Aku sewa rumah orang, semua ada dan selesa. Akaslompolo adalah tempat yang sesuai kalau kau nak tinggal seminggu atau beberapa hari saja. Semua ada, aktiviri, makanan halal, supermarket, sunyi sepi bila malam. Tak pernah aku tidur sampai deep sleep gila-gila punya. Hilang masalah kau, macam baby tidur.

Apa aktiviti nak buat?

Aku teroka dan bergerak ke beberapa tempat dengan kereta sebab aku ada masa dalam 2 minggu. Jadi aku buat kajian mana tempat murah untuk beberapa aktiviti. Sambil jalan, sambil buat aktiviti yang ada di lokasi-lokasi tersebut. Ada husky sledge murah di Hetta, ada tempat main ski atau snowboarding for beginner di Levi.

Ada Santa Main Office di Rovaniemi, boleh drive-thru ke Tromso, Norway untuk lihat aurora dengan lebih jelas tapi agak mahal (kena bayar 100Euro lebih untuk memandu cross-country) dan banyak lagi.

Jadi sebab tu sewa kereta adalah pilihan terbaik. Tapi, kalau korang rancang nak menetap di tempat yang aku sebut tadi, Akaslompolo pun dah cukup dah. Semua aktiviti ada di sana. Harga agak mahal sikit tapi sama je kalau kau pergi ke tempat-tempat lain, new place new home, gas, jadi tambah-tambah lebih kurang je harga dia.

Cuma tak ada Santa. Yang ini hanya ada di Rovaniemi. Setem dan poskad Santa pun cuma boleh didapati di Santa Main Office. Kalau kau tinggal di Akaslompolo tak perlu bayar tour untuk tengok aurora.

Cuma perlu sewa ski atau jalan kaki sahaja menuju ke tasik atau mana-mana kawasan yang dirasai tiada pencemaran cahaya. Pastikan betul-betul gelap untuk nampak lebih jelas.Tapi berhati-hati kalau masuk hutan tu. Risau ada beruang atau serigala yang berkeliaran di malam hari.

Husky Sledge murah!

Aku plan nak ke Hetta, sebab nak buat work away di ladang husky di sana. Tapi dalam perjalanan ke sana aku ada berhenti di satu couchsurfing kat Muonio. Rumah pasangan Lisa dan Tapani, ada dua anak kecil Elsa dan Elmo.

Mereka tinggal bersama 2 ekor Dalmation dan 17 ekor Husky lain di luar rumah. Masa sampai je mata aku terus terpandang Husky banyak gila macam nak menangis gembira. Macam jumpa seluruh keluarga Ohrid kat sana.

Berlari aku ke sekumpulan Husky tu semua, diorang terjah aku. Punyalah manja aduhai. Rrindu gila tetiba kat Ohrid. Aku masuk rumah mereka ditemani ‘Sirkku’ dan ‘Chilli’. Sumpah dua ekor ibu dan anak ni macam si Ohrid perangai dia.

Borak punya borak dengan Tapani, dia offer 15km husky sledge ride dengan harga 150Euro. Aku terus okay sebab apa? Paling lama pun biasanya 6km, dan harga 180-250Euro kat tempat lain.

15km ni puas gila tak boring dan tak rasa sekejap, cukup enjoy. Habis ride aku boleh bagi Husky makan. View jangan cakap lah memang best and tricky. Ada satu part aku tercampak sebab selekoh tajam dan husky tengah bawa laju. Lepas beberapa minit aku ride, rasa macam dah pro hahaha.

Nanti aku share name card dia kat ruangan gambar. Anak kecil Lisa, Elsa pulak anggap aku dah macam abang dia. Bila aku nak balik dia sedih gila. Dah la comel, cantik. Rasa macam nak culik je bawa balik Malaysia. haha.

Sekian perkongsian aku tentang wonderful Lapland trip kali ini.

Baca lagi: 3 Tip Dan Pengalaman Sewaktu Saya Memburu Aurora Borealis Di Sweden

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad Adeeb's. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka