“75% orang mahu memiliki cermin mata yang sesuai dengan wajah.”

Jika diberi peluang untuk tukar, jika kita menyesal memilih sesuatu bentuk cermin mata itu, pasti kita suka kan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi, jalannya hanya ada satu cara: beli baru.

Mohon dijauhkan rasa kesal tersebut.

Selain serlahkan wajah kita, dan nampak lebih yakin, pasti kita mahu pilihan kita ini diiktiraf oleh sesiapa sahaja yang memandang.

Bagaimana hendak buat? Kita boleh cuba tip-tip dibawah.

1. Orang yang taraf kerja profesional.

Elak ambil dari jenis yang terlalu ‘sporty’. Warna ‘funky’ yang terlalu terang juga perlu dielak.

Bagi serlahkan profesional kita, warna perak, gun (kelabu), warna lebih ke arah gelap, atau campuran warna yang lebih ke arah gelap patut dijadikan pilihan.

Cermin pula pilih dari yang mudah orang nampak mata kita. Contohnya jenama Crizal, dari Essilor.

2. Bentuk cermin mata yang ideal: Mata hitam di posisi tengah kanta berpower.

Bila kita mencuba bingkai, cuba tutup sebelah mata dengan tapak tangan. Lihat dekat cermin.

Kalau mata hitam kita menghampiri tengah cermin, ia dikategori sebagai ideal.

3. Bingkai besar tidak apa, tapi elak terlalu besar bagi yang powernya lebih dari -300.

potter

Orang yang powernya bermula dengan ‘-‘, adalah kategori rabunnya dibetulkan dengan cermin jenis cekung.

Cermin jenis ini, nampak lebih tebal di sisi berbanding tengahnya.

Bila saiz frame lebih besar, maka akan lebih tebal dan beratlah cermin yang akan kita pakai.

Cermin dari jenis Nikon memiliki teknologi ‘double aspheric’ dan ‘high index’ untuk ia nampak lebih nipis.

4. Empat poin sentuhan bingkai ke wajah kita perlu diambil kira.

Ianya di belakang telinga, di sisi ‘side burn’, pangkal hidung, dan adakah terdapat geseran antara bulu mata dengan kanta ‘dummy’ bingkai yang kita cuba.

Jika saiznya sesuai, bingkai itu boleh di ‘adjust’ agar 4 poin ini selesa bersentuhan dengan wajah kita.

5. Wajah berminyak, ambil bingkai dari jenis yang mempunyai ‘kaki pelapik hidung’.

nose-pad

Bingkai plastik kebanyakannya tidak mempunyai ‘kaki pelapik’ ini. Ia menyebabkan bingkai kita asyik nak ‘melorot’ ke hujung hidung.

Asyik-asyik kita nak kena tolak rapat balik. Tapi kalau dah beli, muka sedikit berminyak, guna ‘ear hook’. Getah yang bagi ‘grip’ frame supaya bingkai itu ‘steady’ di wajah kita.

6. Ambil tahu saiz bingkai ideal kita.

Dalam banyak-banyak koleksi cermin mata kita, pasti ada yang kita rasa, yang satu ini sangat sesuai dengan kita (kalau boleh nak pakai seumur hidup, tapi apakan daya.)

Jadi kita perlu tahu saiz cermin mata itu. Contohnya 48mm.

Bila dah tahu, barulah kita kata pada jurujual, “Tolong tunjukkan saya yang saiz dalam lingkungan 48.”

Biasanya dalam julat 48-50, kita boleh sesuaikan dengan wajah.

7. Cermin dari siri ‘hidrofobik’ yang berkualiti, kurangkan cermin cepat kotor.

Kadang-kadang kita dah malas asyik nak lap cermin kita itu. Tersentuh sikit dah kotor. Bila lap, jenuhlah nak sental lama-lama (macam iklan cuci pinggan pula).

Itu tandanya tahap hidrofobiknya lemah. Mudah lekatkan cecair pada cermin. Permukaannya tidak seperti ‘daun keladi’ yang bagus.

(Tangan kita, wajah kita sebenarnya sedikit berminyak – minyak juga sejenis cecair).

Sebenarnya artikel ini ditulis berdasarkan hasil ‘survey online’ pengguna cermin mata di seluruh Malaysia.

Terima-kasih saya ucapkan bagi pihak ABS Optomedik atas penyertaan Tuan-Tuan.

Survey ini masih berjalan, dan ada hadiah Rayban Aviator bagi yang terpilih.

Saya sertakan link survey di sini.

Terima kasih Tuan-Tuan, kerana sangat ‘awesome’ baca artikel saya dan sertai survey ABS Optomedik!