Menawarkan produk kesihatan dan kosmetik, sering kali memberi gambaran kepada orang ramai bahaya produk yang ditawarkan mampu merawat penyakit yang dialami begitu juga mencatikkan si pemakai.

Walau bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila syarikat tempatan yang popular dengan pengeluaran pelbagai produk untuk kesihatan dan kosmetik iaitu Syarikat Almas Beauty & Health Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan mempunyai produk yang bukan keluaran berdaftar.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →
ezgif-6-78da7378305b

Sumber: harian metro

Berdasarkan laporan Harian Metro, syarikat itu sebagai Orang Kena Saman (OKS) yang diwakili Pengarah Urusan Almas Beauty & Health Sdn Bhd, Datuk Hassanal Bolkiah Abd Wahab bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Menurut fakta kes, sepasukan penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat berkenaan di Bukit Beruntung, Rawang jam 11 pagi pada 12 Mac 2019.

Menerusi serbuan yang dibuat, pihak penguat kuasa farmasi merampas 81 kotak produk yang bukan keluaran berdaftar. Berdasarkan pertuduhan yang dikenakan, syarikat tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 manakala denda RM100,000 bagi kesalahan seterusnya jika disabitkan kesalahan.

“Sebelum ini, produk berkenaan sudah mendapat pendaftaran daripada kementerian, namun ia ditarik balik atas alasan ada dakwaan pada kotak pembungkusan yang dilarang. Bagaimanapun, pihak kami tidak menerima surat penarikan pendaftaran produk berkenaan”. Katanya yang tidak diwakili peguam.

Tular pada bulan lalu apabila terdapat usahawan kosmetik bergelar ‘datuk seri’ telah ditahan pihak berkuasa selepas terbabit menyeludup dadah bernilai RM5 juta.

Usahawan Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’ Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Bernilai RM5 Juta

7 Produk Kosmetik Yang ‘Merbahaya’ Untuk Digunakan Menurut KKM

Berhenti Guna 10 Produk Kosmetik Ini

 

Anda Mungkin Suka